ahlul jannati. Ameen.

Followers

Friday, 10 June 2016

Miracle




Dengan nama Allah yang memulakan sesuatu dan memiliki setiap jiwa, sudah hampir setahun aku tidak menulis, sedangkan Dia tidak putus-putus mengkhabarkan cinta dan nikmat-Nya yang teragung.

+++

4 Ramadhan 1437H― Alhamdulillah. Alhamdulillah 'alaa kuli haal, masih lagi diberi nikmat untuk sebuah perjuangan, bahkan sentiasa sahaja dilimpahi khabaran cinta dari Ilahi.

Petang itu, terhidang daging black pepper dan masak lemak labu di dalam talam untuk 4 orang.

Labu. Teringat seorang sahabat kecil molek yang datang ke bilik dan ramai-ramai kami menggoreng cucur labu. Sedap. Di dalam keluarga kecil itu, berbicara tentang Tuhan sambil lidah merasa manisnya labu. Nikmat yang bertimpa-timpa, kemanisan yang mana mungkin menawar.

Labu. Kesukaan junjungan besar, Muhammad SAW. Tidak sabar rasanya mahu duduk di Syurga bersama Nabi dan para sahabat, sambil makan cucur labu. Keluarga yang dinanti-nanti kita, perindu Baginda SAW.

Masih berbaki lebih kurang 30 minit sebelum waktu berbuka, lantas dicapai Al-Quran meneruskan tilawah dan taddabur. Suasana dewan bergema dengan bicara-bicara manusia, moga setiap gerakan bibir dan lantunan suara kerana pemilik-Nya. Aku membaca halaman Al-Quran itu, tiba-tiba bahagian belakang kepala terasa renjatan. Didongak kepalaku, Allah! Lampu di bahagian atas syiling mula nampak berkedip-kedip dan terbias, suara-suara manusia mula terdengar bingit dan keras.

"Ya Allah...", aku tunduk ke bawah sambil menekup mataku dengan tangan. Cepat-cepat aku capai beg, mahu menggapai ubat di dalam. Tapi, tiada. Ubat itu pada beg yang satu lagi tapi tidak aku bawa.

"Okay tak ni?"
"Ada bawa ubat?"
"Merah dah mata tu."
"Jangan tonyoh mata tu, ke macam mana?"

Sahabat mula risau, tetapi aku tidak mampu untuk membalas dengan sungguh-sungguh, sekadar menunduk, "tak apa okay".

Rabbi inni massaniyad-durru wa anta arhamur raahimin.
Rabbi inni massaniyad-durru wa anta arhamur raahimin.
Rabbi inni massaniyad-durru wa anta arhamur raahimin.

Berulang-ulang dibaca, tiada yang mampu aku letakkan kebergantungan selain daripada Dia. Dia Al-Wakil. Dia Asy Syaafi, Dia Al-'Alim, jangan merungut, jangan letakkan kemampuan pada diri, Dia sedang lihat, Dia sedang mendengar, sabar, kuat, redha...

Rabbi inni massaniyad-durru wa anta arhamur raahimin. Teringat redhanya Nabi Ayub, redhanya para sahabat, redhanya Rasul-Rasul, redhanya Muhammad terhadap segala yang ditimpakan tanpa diduga.

Aku dongakkan kepala kembali.
Allah.
Allahu.
Allahu Akbar.

"MashaAllah, saya rasa...Dah okey.", bilang aku pada sahabat. Miracle. Pertama kali ini terjadi, sekurang-kurangnya pada diriku. Kebiasaanya walaupun aku telan ubat, tapi sakitnya lambat sekali surut. Tetapi hari ini, Dia...Allah...Allahu Akbar.

Teringat pertemuan aku bersama kakak besar di puncak bukit.

"Awak ingat ayat pertama akak share masa jumpa awak first time dulu?"
"Ayat pertama? Erm... Al-Furqan? Eh, tak ingat akak!"
"41:30"
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu”.

Maka wahai diri, beriman lah pada Al-Wakil Allah. Bukan tugas diri untuk meletakkan segalanya pada kemampuan diri, kerana kemampuan itu sendiri hadir dengan kasih sayang Allah, dalam pada pengetahuan Allah.

Seperti bicara Zainab Al-Ghazali,

"Aku masih hidup dalam saat yang runcing kerana dua perkara, salah satunya adalah kerana kelebihan iman yang dianugerahkan oleh Allah kepadaku. Sesungguhnya keIslaman dan keimanan itu memberikan kepada pemiliknya satu kekuatan yang ampuh yang boleh mengatasi segala kesulitan dan kesukaran walau bagaimanapun bentuk dan corak penderitaan itu, semua itu adalah anugerah daripada Allah." 
(Hari-Hari Dalam Hidupku, M/s 91) 

Aku tidak punya apa-apa untuk membuktikan kesyukuran itu...Kecuali memperbaharui bai'ah dan janjiku kepada-Mu.

+++

Lying here wide awake on my own now
Silence is the loudest cry
I'm safe but I've lost everything I've known
I can smile because the pain has gone
But cry because it's where I'm from
O God I turn to You to make me strong again
I have cried so many times
And all those tears have washed my eyes
Now I see clearly into the light
Because I believe
To start a new life, with peace everywhere
Right from the start until the end.



No comments:

Post a Comment

:: DAIERY 2016/2017 ROAD TO USTAZIATUL ALAM ::