ahlul jannati. Ameen.

Followers

Tuesday, 28 July 2015

Apa Khabar Jahiliahmu?





Jahiliah. 


Klise ke bila dengar? Acap kali kita dengar tentang perkara ni, tetapi sejauh mana kita faham dengan istilah jahiliah? Sejauh mana? 


Aku rasa diri aku terlalu angkuh kerana pada awalnya aku hanya pandang kepada jahiliah yang besar. Berzina, minum arak, bunuh anak perempuan, sembah berhala dan sebagainya. Jahiliah ketika zaman arab dahulu.


Aku rasa seolah-olah hal itu sudah cukup untuk pengetahuan aku mengenai jahiliah memandangkan itu yang aku belajar semasa di sekolah dahulu.

Nah. Ini satu daripada kejahilan diri, sebab butakan hati dalam mencari pemahaman sebenar. Sesuka hati aku meletakkan sekatan pada segalanya daripada kaca mata sendiri, jahil benar.


Pernah tidak terfikir, mengapa orang arab suatu ketika dahulu dipanggil arab jahiliah? Mengapa tidak kerajaan Rom? Sedangkan ketika itu manusia Roma ini jahil mereka lebih dasyat sehingga menyembah pelaku maksiat. Mengapa kerajaan Parsi tidak digelar Parsi jahiliah, sedangkan kejahilan mereka lebih hebat sehingga menyembah api? Mengapa arab juga yang dipanggil arab jahiliah?


Kerana ingin menunjukkan bahawa secara manusiawinya orang arab ini sangat hebat, tetapi mereka tidak tahu dalam hubungan dengan Allah. Mereka hebat dalam berniaga terutamanya, tetapi daripada segi uluhiyyah (hubungan dengan Allah), mereka tidak tahu. Itu yang mahu ditunjukkan. Kiranya, mereka ini secara duniawinya sangat hebat dan apabila dikhabarkan tentang Islam, masih tetap memilih untuk lagak tidak tahu.

Ibnu Tamiyyah ada menyebut pendefinisian tentang jahiliah, yang mana jahiliah ini boleh dikatakan sebagai tidak tahu tentang Islam, atau tahu tetapi tidak amalkan.



TIDAK TAHU TENTANG ISLAM 

Izinkan aku berbicara mengenai manusia yang melabelkan diri mereka Islam. Jika tidak tahu, maka carilah tahu. Bukan hanya melarikan diri kerana merasakan diri itu akan terbeban. Cari lah tahu. Melalui medium apa? Usrah. Rehlah. Mukayyam. Daurah. Jaulah. Nadwah. Muktamar. Apa-apa sahaja mediumnya, engkau pilih lah dengan bijaksana tetapi jangan pernah berhenti untuk mencari.

Apa yang engkau tahu, sangat terbatas. Apa yang engkau tahu, itu semua diizinkan Tuhan. Maka jika ada yang engkau tidak tahu, usaha dan carilah. Tuhan tidak akan sia-siakan usaha engkau untuk mencari, Dia pasti akan temukan engkau dengan 'tahu'. 


Cuma satu, jangan biarkan diri engkau lama-lama dalam 'tidak tahu'. Jangan biarkan diri engkau lama-lama dalam kejahilan. Jangan biarkan. Aku risau kalau engkau biarkan, kelak Tuhan akan biarkan engkau juga.


TAHU TETAPI TIDAK AMALKAN


Aku pernah menjadi golongan tidak tahu tentang Islam dan terus memilih untuk tidak tahu kerana takut andai aku tidak mampu membuahkannya dalam bentuk amalan. 


As-Saff, ayat 2;

Wahai orang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang tidak kamu lakukan!

Aku pernah saja berada pada fasa, 'Cukup. Aku tidak mahu tahu'. Tetapi ketahuilah, apa yang telah engkau tahu itu, Tuhan sudah rencanakan. Itu lah masa yang terbaik untuk engkau tahu. Walaupun engkau memilih untuk tidak mahu tahu, tetapi kalau Tuhan sudah kata ya, siapa engkau untuk menolak? 


Cuma engkau terlalu sakit pada hati. Tuhan sudah memberitahu engkau tentang itu, tetapi engkau masih memilih yang bertentangan denganNya.


Engkau tahu mendengar yang lagha itu tidak disukai,

tetapi engkau masih pilih untuk itu,
Jahiliah.

Engkau tahu berkhayal terhadap cinta manusia bisa menimbul syahwat pada jiwa, 

tetapi engkau masih pilih untuk itu, 
Jahiliah.

Engkau tahu melewatkan solat itu Tuhan tidak suka, 

tetapi engkau masih pilih untuk itu, 
Jahiliah.

Engkau tahu menonton cerita tidak bernilai itu tidak disukai Dia, 

tetapi engkau masih pilih untuk itu,
Jahiliah.

Engkau tahu bercakap sia-sia itu tidak mendapat suka Dia,

tetapi engkau masih pilih untuk itu,
Jahiliah.

Engkau tahu terlalu mengikut emosi itu dilarang Dia,

tetapi engkau masih pilih untuk itu,
Jahiliah.

Senaraikan. Senaraikan apa lagi jahiliah yang engkau bangga-banggakan? Aku akui, aku juga seorang yang jahil dan punya banyak jahiliah, dan hinanya aku kerana berbangga-bangga dengan jahiliah yang aku punya.


Dan hari ini, engkau tahu mengenai 'erti jahiliah'. Engkau sudah tahu. Ya, engkau yang sedang membaca ini. Aku tidak pandai dalam menyampaikan, cuma aku mahu khabarkan juga mengenai erti jahiliah yang sebenar, yang mungkin engkau sudah tahu. 


Jahiliah itu adalah apa-apa sahaja yang tidak mendapat redha Dia, termasuklah segala amarah yang engkau pendam di dalam hati, segala harta yang engkau habiskan untuk dunia, segala makanan yang engkau sia-siakan, segala bicara yang sia-sia, segala dekahan gelak tawamu di dalam wayang, segala masa yang engkau habiskan untuk hal-hal dunia.


Aku tahu untuk membuang karat jahiliah itu susah. Karat, untuk mendapatkan karat itu mudah tetapi untuk menyingkirkannya sangat susah, berusahalah untuk menyingkirkan karat itu supaya engkau akhirnya bersinar saat berhadapan Tuhan.





"Apa khabar jahiliahmu?"

"Dia sedang nazak. Aku sedang membunuh untuknya mati."


No comments:

Post a Comment

:: DAIERY 2016/2017 ROAD TO USTAZIATUL ALAM ::