ahlul jannati. Ameen.

Followers

Saturday, 14 March 2015

'Sorry kak, tak dapat hadir usrah. Ada program kelab.'




Pernah tidak kita terfikir, bukan sahaja Iblis, malah mengapa malaikat persoalkan tentang penciptaan manusia seperti di dalam surah Al-Baqarah ayat 30. Sedangkan kita tahu, malaikat adalah makhluk Allah yang taat, patuh dan sentiasa menurut. Mengapa malaikat yang patuh itu persoalkan? Maka apa kata Allah? Allah kata Dia lebih mengetahui daripada malaikat-malaikat itu. Penciptaan kita ada tujuan, penciptaan kita pasti ada sesuatu yang mahu dikhabarkan. Kenapa bukan pokok? Kenapa bukan jin? Kenapa bukan sungai? Kenapa bukan gunung? Kenapa manusia yang banyak melakukan kemungkaran ini juga dipilih untuk menjadi khalifah di atas muka bumi?

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; 
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". 
Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): 
"Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), 
padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". 
Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya"
[2:30]

Sejak azali lagi, sebelum kita dilahirkan, kita telah berjanji pada Allah untuk menjadi abid dan khalifah di muka bumi. Kita telah berjanji. Berjanji. Berjanji. Jadi adakah kita sedar bahawa kita sedang melunaskan janji ini ataupun tidak? Orang selalu bercakap mengenai tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai seorang pelajar, tanggungjawab sebagai anak, tanggungjawab untuk menguruskan program, tanggungjawab untuk memberi nafkah dan sebagainya.


Kita terlupa dengan satu tanggungjawab yang mana kita telah berjanji akan tanggungjawab ini sejak sebelum kita lahir lagi.
Ya. Tanggungjawab sebagai abid dan khalifah.

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia 
melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."
[51:56]


Bagaimana cara untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang khalifah itu? Allah telah memberikan solusi pada Surah ke 2 ayat 208.

Wahai orang-orang yang beriman! 
Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhan,
sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
[2;208]



Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan. Keseluruhan ya. Bukan separuh, bukan suku, bukan satu per tiga. Tetapi keseluruhan. Maknanya daripada segala aspek, tidak kira lah pengurusan, pakaian, ikhtilat, pentadbiran dan lain-lain haruslah berlandaskan agama Islam. Islam itu sendiri bererti kedamaian. Allah menyeru kita untuk memasuki kedamaian itu secara keseluruhan. Kita tak mahu rasa damai ke?



Jadi bagaimana untuk kita masuk ke dalam Islam secara keseluruhan? Segalanya bermula daripada tarbiah setiap individu. Sebab dalam maratib amal (klik utk lihat) pun, tapaknya adalah individu Muslim. Ertinya, setiap individu haruslah menyedari tentang kepentingan tarbiah melalui wasilah tarbiah yang telah digariskan oleh Imam Hassan al-banna iaitu:

  1. Usrah
  2. Katibah
  3. Rehlah
  4. Mukhayyam (Muaskar)
  5. Daurah
  6. Nadwah
  7. Muktamar
Kita mahu bina ciri-ciri individu muslim secara berpanjangan melalui 7 wasilah tarbiah ini. Kita tidak boleh merasa cukup misalnya 'Aku dah join usrah, kira okay lah tu', 'asalkan aku jaga solat, okay lah kan', sedangkan untuk membina individu muslim itu memerlukan satu proses tarbiah yang sangat lama dan berterusan. Lihatlah sendiri bagaimana Nabi Muhammad mengambil masa selama 13 tahun untuk membina akidah yang mantap di kalangan orang-orang Islam ketika di zaman Makkah. Di dalam dakwah kita, tarbiyah mendapat tempat dan keutamaan yang pertama berbanding aspek-aspek yang lain.

Berbalik kepada soal tanggungjawab tadi, pernah tidak kita terfikir, bahawa sebenarnya kita telah meletakkan tanggungjawab yang lain melebihi tanggungjawab kita sebagai abid dan khalifah?

Contoh yang paling mudah;

Satu hari tu, kita terlibat dengan program anjuran kelab. Tiba-tiba, ada satu mesej masuk daripada naqibah kita yang mengajak untuk usrah. Ketika itu, kita tersepit antara program kelab dan usrah. Kita tak pasti mana satu yang harus kita pergi. Jadi kita balas mesej akak naqibah; 'Sorry kak, tak dapat hadir usrah. Ada program kelab.'

Nampak tak di sini? Sedangkan usrah itu adalah salah satu cabang wasilah tarbiah. Salah satu cara untuk meningkatkan kefahaman dan iman kita. Itu adalah tanggungjawab kita sebagai abid dan khalifah. Tetapi mengapa saat itu kita memilih untuk memberatkan tanggungjawab kita sebagai ahli dalam program kelab tersebut? Mengapa kita berbelah bahagi bila tiba soal panggilan untuk mengenali Allah? Mengapa kita masih berkira-kira bila datangnya tanggungjawab kita sebagai abid dan khalifah? Adakah kita tidak sedar bahawa kita berjanji akan tanggungjawab ini lebih dahulu daripada hal-hal lain? Adakah kita rasa kita terlalu hebat sehingga mampu untuk mengingkari janji kita pada Allah? Adakah kita merasakan tanggungjawab yang lain itu lebih penting daripada tanggungjawab kita sebagai abid dan khalifah?

Aku tahu, hal ini mungkin sukar untuk diterima. Ya lah, dengan assignments bertimbun, dengan program sana-sini, kita mana ada masa untuk join tarbiah, kan?

Mungkin kita tidak sedar, 'masa' itu juga makhluk Allah. 'Masa' itu Allah yang cipta. Allah yang mengawal makhluk, jadi Allah juga yang mengawal masa. Kenapa kita masih beri alasan bahawa 'masa' kita tidak cukup untuk jalan tarbiah ini? Mengapa kita masih boleh berkompromi untuk menolak ajakan tarbiah? Sebab kita masih tidak faham dan yakin dengan tanggungjawab kita sebagai abid dan khalifah.

Adakah dengan meninggalkan jalan tarbiah ini, kita yakin masa itu cukup banyak? Adakah dengan melibatkan diri dalam jalan tarbiah ini, kita rasa masa kita tidak cukup untuk hal-hal yang lain? 

Bukan untuk mengkondem, tetapi pesanan dan persoalan ini juga buat diri. Aku juga sentiasa berkira-kira dan berbelah bahagi dalam jalan tarbiah kerana terlalu memberatkan tanggungjawab sebagai seorang pelajar sehingga lupa tanggungjawab yang lebih besar.

Dalam surah Taha ayat 41, Allah mengatakan 'Aku memilimu untuk diri-Ku'.

Kita harus merasakan bahawa dalam satu-satu hal, Allah telah memilih kita. Bayangkan, dalam beribu-ribu mahasiswa, dalam infiniti jumlah manusia, Allah memilih kita untuk mengenal jalan tarbiah, jadi mengapa kita masih berkira-kira?

Akidah kita belum settle. Akidah kita belum settle. Akidah kita belum settle. 
Jadi bagaimana kita mahu capai zaman Madinah sekiranya kita masih di zaman Makkah?
Kalau kita asyik risau akan memungkiri janji manusia, mengapa kita boleh sambil lewa dengan janji kita pada Tuhan? Tepuk dada, tanya diri, mana janji kita? 



2 comments:

  1. wow..telitinye ko tulih..suker aku baca ^^
    nak share kat blog boleh but credit to u laa..

    kita selalu ada masa utk benda lain, tapi kenapa takde masa utk Allah..
    sebab tu penting untuk kita tahu tujuan hidup ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Share ja Kak, tak perlu credit pun tak apa. Semoga memberi manfaat :-)

      Delete

:: DAIERY 2016/2017 ROAD TO USTAZIATUL ALAM ::