ahlul jannati. Ameen.

Followers

Wednesday, 4 March 2015

Sekupang dan Tarbiyah




Sekupang.

Sekupang ni bukan sejenis siput, bukan juga Kupang di Nusa Tenggara Timur. Sekupang di sini aku merujuk kepada nilai wang. Hang pi tanya budak-budak yang asalnya daripada utara, komfom depa tau. Kalau depa tak tau, aku mohon hang debik kepala depa. (Eh jangan. Tak baik tau debik-debik macam mak Shinchan ni)


Sekupang ni bersamaan dengan sepuluh sen. Tahu kan sepuluh sen? Kalau hang pi kedai nak beli sebungkus Maggie berharga 4.90, tambah lagi sekupang maka genaplah 5 ringgit. Nampak tak kredibiliti aku sebagai seorang guru dalam mengajar kira-kira? Well. *tiup-awning-tudung*

Ok selesai bab sekupang.

Tarbiyah.

Tarbiyah ni bukan imbuhan kata bagi jalan tar tau. Bukan juga sejenis makanan yang bernama 'Tarb'. Tak pernah dengar ke Tarb? Cuba Google, Ya Allah nampak nikmat sehingga menjilat jari! Tapi hang nak tau dak satu rahsia, tarbiah ni sebenarnya lagi nikmat daripada Tarb tu.

Tarbiyah ni kalau didefinisikan dalam bahasa mudah, maksudnya pendidikan. Jadi bila sebut tentang pendidikan, apa fungsinya? Untuk memperbaiki diri, untuk memahami tentang sesuatu, untuk membina diri dan lain-lain pandangan subjektif. Sejak zaman Rasulullah lagi, tarbiyah Islamiyyah telah wujud dan diteruskan sampai ke hari ni. Tarbiyah ini berkisarkan tentang bagaimana kita memenuhi tuntutan dan matlamat penciptaan kita sebagai manusia.

You can refer to Surah Al-Baqarah ayah 30 and Surah Ad-Dzariyat ayah 56. Allah has mentioned about the reasons why humans were created. Sebagai :-

1) Abid (hamba) dan juga;

2) Khalifah

Jadi dalam proses menjadi abid dan khalifah, kita sangat memerlukan tarbiah supaya konsistensi untuk mengenal Tuhan tu sentiasa memuncak. Hang kalau minat kat someone tu bukan sakan lagi nak kenal dia, cuba sekali ni jejakkan kaki dalam tarbiyah untuk kenal Tuhan hang sendiri.

Tarbiyah ni bukan hanya dengan usrah, bukan hanya dengan mengikuti majlis-majlis ilmu, bukan hanya dengan menguruskan program, bukan hanya melibatkan dengan aktiviti-aktiviti rohani, tetapi tarbiyah itu lebih daripada apa yang hang fikirkan. Tapi nak katanya dengan usrah lah hang dapat tarbiyah, ehek!

Tarbiyah ni adalah apa-apa perkara yang mampu membuatkan manusia bergerak lebih jauh dalam mendapatkan keredhaan Allah dan menguntungkan Islam. Kalau hang duduk seko-seko kat kedai kopi dan terfikir macam mana lah orang boleh hebat sangat cipta Cofee Grinder, dan kemudian hang sedar bahawa Tuhan lah yang mengurniakan kebijaksanaan tu kepada manusia, perkara itu sendiri adalah satu tarbiyah untuk diri. Suatu perkara yang mampu menjentikkan 'aku tak boleh duduk senang-senang dan kena improve peribadi diri.' Senang kata, tarbiyah ni adalah apa-apa sahaja yang hang buat dan benda tu mendekatkan diri hang dengan Tuhan, dan bukan setakat dekat, malahan mampu mengubah diri hang,

Itu serba ringkas tentang tarbiyah.

Jadi apa kaitan sekupang dan tarbiyah?
Aku terfikirkan tentang perkara ini bila aku lihat sekupang. Tarbiyah ni, macam sekupang. Bukan nak kata tarbiyah ni murah, tapi nak katanya tarbiyah ni sangat penting melebihi harta lain.

Analogi mudah, kalau lah hang ni orang yang kaya-kaya, sekupang tu mungkin hang akan pandang sebelah mata sahaja. Kalau pergi kedai dan beli barang yang berbakikan sekupang, mungkin hang akan bilang 'keep the change'. Sekupang itu tidak lah berharga seperti wang beribu di mesin ATM. Tetapi andai kata suatu hari hang nak guna mesin basuh di kolej, dan hang memerlukan duit syiling sebanyak RM2. Ketika itu di tangan hang cuma ada RM 1.90, hang tak cukup lagi sekupang, jadi hang punya lah pulun pi bilik ke bilik untuk mencari sekupang bagi mencukupkan RM2. Nilai sekupang ketika itu sangat berharga, sangat penting.

Begitu juga tarbiyah, ada kalanya kita tidak sedar bahawa tarbiyah ini sangat penting. Ada kalanya kita fikir tarbiyah ini menyusahkan urusan seharian kita. Tetapi andai kata kita dihimpit dengan satu perkara yang dasyat, kita akan sedar bahawa tarbiyah itu sendiri lah yang mencukupkan kita. Kalau tak ada sekupang, tak akan cukup RM 1.90 menjadi RM2. Begitu juga diri kita, tanpa tarbiyah, tidak akan cukup iman kita.

Dan suatu situasi normal, kalau hang pi pasar malam dan ada pak cik yang meminta ihsan sedikit sadaqah, walaupun hang bagi sekupang, perkara tersebut sudah mampu membaitkan kalimah 'Alhamdulillah' di bibir pak cik itu. Pak cik itu merasakan sekupang itu sangat berharga, sangat bernilai. Begitu juga dari sudut kita memandang tarbiyah. Kalau kita ini terlalu bermewah-mewahan dengan nikmat dunia, kita akan terlupa tentang berharganya sebuah tarbiah. Kerana itu kita kena sedar bahawa diri kita sentiasa tidak cukup, dan dengan tarbiyah itu lah yang mampu membaitkan 'Alhamdulillah' dalam diri kita.

Untuk menyedari tentang kepentingan tarbiyah adalah satu perkara yang sangat menguntungkan. Bukan semua yang dapat merasakan kenikmatakan tarbiyah. Maka jadilah kalian orang-orang yang beruntung. 

Carilah tarbiyah itu, peliharalah tarbiyah itu, semarakkan lah tarbiyah itu. 

Jika sudah sedari tentang kepentingan tarbiyah, aku mohon, jangan lepaskan. 

Lepas ni ramai-ramai kita dating dengan Mr. T, okay?

Selamat mentarbiahkan diri!

No comments:

Post a Comment

:: DAIERY 2016/2017 ROAD TO USTAZIATUL ALAM ::