ahlul jannati. Ameen.

Followers

Monday, 16 March 2015

Aku malas nak membaca!





“Perbandingan kedua golongan itu (orang-orang kafir dan orang-orang mukmin), seperti orang buta dan tuli dengan orang yang dapat melihat dan dapat mendengar. Adakah kedua golongan itu sama keadaan dan sifatnya? Maka tidakkah kamu mengambil pelajaran (daripada perbandingan itu)?”
[11: 24]

Moshe Dayan, seorang penulis Yahudi dan panglima Pasukan Pertahanan Israel pernah menggariskan tiga kelemahan utama umat Islam dalam satu artikelnya :-


1. Umat Islam tak merancang dengan teliti

2. Umat Islam tak pernah belajar dari sejarah lampau

3. Umat Islam terdiri daripada orang-orang yang malas membaca


Apabila terbitnya artikel ini, ramai orang Yahudi marah kerana khuatir sekiranya orang Islam akan mengubah kelemahan-kelemahan ini selepas mereka tahu. Tapi apa jawapan Moshe Dayan?

"Tak payah risau, orang-orang Islam takkan tahu. Depa bukannya baca pun."


Moshe Dayan meninggal kira-kira 34 tahun dahulu ketika beliau berumur 66 tahun. Meskipun pegangan ideologi dan tuntutan akidah aku berbeza dengan Moshe Dayan, namun apa yang diperkatakan sangat benar. Penulisan beliau telah diterbitkan lebih daripada 34 tahun, tetapi berapa banyak umat Islam yang mengambil iktibar? Berapa ramai umat Islam yang mengetahui tentang sejarah lampau lebih daripada sinopsis drama TV3? Berapa ramai umat Islam yang membaca kerana itu adalah perintah Tuhan yang menciptakan? Allah telah berfirman dalam 2:151 yang mana bermula daripada membaca itu lah dapat menyucikan hati.


Rugi ke seandainya kita membaca?


Aku juga malas membaca. Tambahan bila dihadapkan dengan buku yang tebal, baru selak satu muka surat rasa dah nak syahid oii! Malahan ketika ada program NILAM di sekolah, aku bukannya baca buku pun, aku cuma salin apa yang tertulis di belakang buku (sinopsis).


Sampai lah tiba satu hari, ketika itu aku di Tingkatan 4, ada jualan buku di pekan Changlun (Ayat macam sebelum ni tak pernah ada jualan buku ja). Aku hanya berlegar-legar melihat variasi jenis buku, sampai lah aku tertarik dengan satu buku yang bertajuk 'Travelog Budak Mentah'. Masa tu beli sebab 'cover' buku tu menarik. Hanya bersebabkan itu sahaja.


Satu malam tu, aku tak tahu nak buat apa maka aku saja-saja lah belek buku TBM tu. Tapi sungguh Allahuakbar, malam itu juga aku habiskan baca buku itu kerana penceritaan yang sangat dekat dengan hati. Aku terfikir, penulis menyifatkan dirinya sebagai budak mentah sedangkan pemikiran beliau sangat luar biasa. Nak dibandingkan dengan aku, mungkin jatuh pada taraf budak tak reti beza antara hingus dan air liur. Aku rasa malu.


Aku mula terfikir, apa yang mampu aku sumbangkan buat agama andai di dadaku tiada apa? Apa yang mampu aku buat, andai aku tidak tahu tentang sesuatu?


Dan bermula saat itu lah, aku cuba menjinakkan diri untuk membaca.

Mulanya agak sukar, jadi aku cuba kayuh perlahan, asalkan tak terus berhenti untuk membaca. Tapi kadang-kadang tu terpancit juga tengah jalan. Kadang-kadang bila nak baca, ada ja benda lain yang lagi penting nak dibuat contohnya belek Facebook. (Oh penting ke tu?) Jadi aku cuba latih diri baca sekurang-kurangnya satu muka surat untuk sehari, satu perenggan pun jadi lah. Ye dak?


Kalau nak buat sesuatu tu, elok ada katalisnya, dan katalis untuk aku terus membaca adalah aku selalu benamkan kata-kata ini;


'Konon nak jadi manusia yang menangkan Islam, tapi malas membaca, pooodah.'


Nampak agak kasar.
Tapi begitulah caranya untuk aku mendidik hati aku yang degil untuk membaca ni.

Percayalah, setiap perubahan itu bermula dengan keterpaksaan. Begitu juga dengan membaca. There isn't always an easy way for the first step. Sekurang-kurangnya, cuba lah. Mungkin dengan membaca ini, dapat terlihat sebagai usaha kecil kita untuk menangkan Islam.

Marilah menjadi manusia yang bukan seperti diperkatakan Moshe Dayan.
Marilah menjadi manusia yang menghiasi dada dengan ilmu bukannya asyik jemu.
Marilah menjadi manusia yang selari dengan ajakan pada Surah 62 ayat 2.


SELAMAT MEMBACA DAN MEMAHAMI!
Tahniah kerana hangpa rajin baca postingan ini sampai habis, maka apa yang akan hangpa lakukan selepas ini?


*P/S: Membaca di sini tidak merujuk kepada novel cinta cintun si maggi cintan





No comments:

Post a Comment

:: DAIERY 2016/2017 ROAD TO USTAZIATUL ALAM ::