ahlul jannati. Ameen.

Followers

Tuesday, 20 January 2015

Dekatnya Awak!




Aku suka. Aku jatuh cinta. Aku mencintai. Aku terkesan. 
Dengan cinta yang Dia titipkan buatku;


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran (al-Baqarah 2:186).

1. Allah is so close to you, beb!



Allah berfirman, فَإِنِّي قَرِيبٌ (maka jawablah, bahawasanya Aku adalah dekat).

At first when I taddabur this ayah, I swear I got goosebumps all over my body. Perkataan 'dekat' tu seolah-olah mencucuk suatu perasaan yang sukar untuk aku gambarkan. Sebab masa tu, aku dok bayang macam-macam orang (mak, ayah, kakak, adik, sahabat etc) yang menandakan dekatnya depa dengan aku, but when I questioned myself about dekatnya Allah, I feel like a pile of heavy blankets weighing me down into the couch cushions because I am so hopeless about this! Yet I know, tetapi masih berperilaku seolah-olah Allah itu jauh.

Allah ni dekat, bukan dari segi zat atau fizikal. Dekatnya Allah, bukan macam kita dekat dengan mak ayah kita. Contoh: Aku belajar kat Johor dan tiba-tiba aku rasa rindu kepayang sangat kat mak ayah, jadi aku kena pi beli tiket bas-naik bas-turun bas, merantau lebih 2 marhalah semata-mata nak pi jumpa mak ayah. Memerlukan perjalanan. Tetapi dekatnya Allah, tak meminta pun kita naik ke langit ke, naik ke gunung ke, pergi ke Istanbul ke... Allah is there, there where you are! Kalau hang kat pasar malam, masa tu hang boleh cari Allah. Kalau hang kat Kelantan, masa tu Allah ada juga, kalau hang kat Kampuchea, tang tu pun Allah ada. Allah is everywhere.
Cuma kita buta. Tak rasa yang Allah tu dekat. Tak rasa nak cari Allah dulu. Lepastu teriak seolah-olah tiada siapa yang fahami kita. Sekarang ini, siapa yang tidak faham istilah dekat itu?

Allah tu sangat dekat.

"...dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya, (Qaf 50:16)”

Dekatnya Allah tu, dari segi ilmu yang Dia punya. Bukti kekuasaan Dia. Tak payah tengok jauh-jauh, tengok ja diri kita sendiri. Urat-urat yang bercabang, darah-darah yang mengalir, sendi-sendi yang merenggang...Siapa punya kerja semua ni? MashaAllah sangat. MashaAllah.

Jadi tanya lah diri, siapa yang paling dekat dengan kita. Walaupun kita tengah sorang-sorang ke, berdua ke, berkelompok ke, Dia sentiasa perhatikan kita, since before we even created!

2. He grant your wishes!



Allah habaq; أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ (Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku). Allah tak pernah tipu bab ni, tak pernah walau sekalipun. Kecuali kalau doa tu menzalimi diri hang (means hang doa benda yang tak elok), itu memang Allah tak penuhi lah. Kat sini pun nampak dah yang Allah tu sayang kat hang, dia nak penuhi doa hang pun Dia tapis dulu baik ke dak.


Hang minta aja lah apa pun, one fine day He will grant your pine for something. Kisahnya cuma lambat atau cepat saja. Ada 3 kondisi Allah makbulkan doa:


i)Boleh jadi hang berdoa semalam, esoknya Allah dah kabulkan.

Ni maksudnya doa hang tu dimakbulkan dengan pantas, cepat dan efisyen, laju tu lagi hebat dari servis Zalora! Pernah lah jadi benda ni kat aku. Masa tu kat kolej, aku kebuluq sangat tapi tak ada kudrat nak turun pi beli makanan. Jadi aku pun berharap lah ada orang baik-baik offer makanan kat aku atau Allah kurniakan aku kudrat untuk bertahan tak makan sampai malam. Tiba-tiba ada orang ketuk bilik, aku bukak, jeng-jeng ada kak naqibah aku! Tapi masa tu tak perasan pun dia bawak something. Cipika-cipiki, dia bagi kat aku 3 ketul pau lepastu balik. Mai sebab nak bagi pau kat aku. Masa tu rasa berayaq mata ni sebab kebuluq tahap mega dah ni, tiba-tiba dapat rezeki macam tu. Ok ni contoh simple aja lah, nak yang kompleks hang cuba renung balik apa yang pernah berlaku kat hang.


ii)Boleh jadi hang berdoa harini, 10 tahun kemudian baru termakbul.

Allah bukan saja-saja tunda doa hang, tapi Dia tunggu masa yang sesuai. Macam kisah Nabi Ibrahim, baginda tak dikurniakan zuriat walaupun baginda dah cecah umur 99 tahun. Tapi setiap hari baginda berdoa untuk dikurniakan zuriat, sampai lah baginda akhirnya dikurniakan zuriat (Nabi Ishak) oleh Siti Sarah dan (Nabi Ismail) oleh Hajar. Lama tu, dah berpuluh tahun lamanya baru dimakbulkan doa. Power! Macam aku, semalam dah keluar result (senarai tampal) untuk semester pertama ijazah sarjana muda UTM. Nak diikutkan, carry marks aku lemas dalam kesengsaraan, tapi di atas rahmat Allah, keputusan aku sangat membuatkan aku rasa 'Awat Allah ni baik sangat?!'. Dia jawab doa aku bukan sepanjang aku dok kalut belajaq nak pulun dapat carry marks tinggi (nampak dak niat nak belajaq tu terpesong, that's why Allah tak kabulkan tu), tapi Dia tunggu masa yang sesuai sampai lah Dia makbulkan doa. Terharu baqhiang. Berjaya bukan sebab usaha, tetapi sebab rahmat dan kasih sayang Dia.


iii)Boleh jadi berdoa nak course tesl, tapi Allah bagi course science computer

Hah yang ni, Allah berikan apa yang lebih baik daripada hal yang didoakan hang tu. Sebab Allah yang cipta kita, Allah yang tahu sejak azali bagaimana pe'el kita, senang cerita Dia kenal kita 360 degree, completo! Jadi kadang-kadang benda yang kita minta tu skala kebaikannya tak berapa nak (umph!), maka Allah gantikan sesuatu yang lebih (umph!) sesuai dengan kemampuan dan manfaat diri. Kadang-kadang kita tak perasan perkara ni, sebab tu dalam setiap perkara, cuba lah jadi manusia yang berfikir tu, OK? Allah selalu jaga hang sampaikan dia beri yang lebih baik kat hang, tapi hang menonong buat tak nampak kebaikan Allah ni.

Ok itu kondisi doa. Cuma nak habaq lah, jadikan doa tu medium kita untuk bercerita kat Allah. Bukan sekadar ritual semata-mata. Yakinlah bahawa Allah akan sentiasa kabulkan doa kita, malahan segala sesuatu itu telah tercatit sebagaimana yang dikatakan dalam hadis ke-empat Imam Nawawi (qada & qadar). It just Allah wants to see our efforts in making duas, so it is such a shame if we don't beg for Allah.

He said: أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ (Aku menjawab doa orang yang berdoa kepada-Ku)
3. Do what He says!



Allah menjawab doa kita makanya kita juga perlu menjawab seruan Allah. فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي (Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku)).

Perlunya kepada usaha, perlunya kepada amal. Ini bukan suatu perkara yang effortless, sebab impak kebaikannya tu untuk diri sendiri juga. Apa yang telah Allah gariskan untuk kita lakukan dan tinggalkan, adalah perkara-perkara yang membina keimanan kita. Dapat mendekatkan diri kita dengan Dia, dapat menjadi orang yang disayangi di sisi Dia, dapat kejayaan di dunia dan akhirat, dikabulkan kepada kita doa...Macam-macam kebahagiaan, dan yang paling penting, mendapat keredhaan Dia (mardhatillah). Hangpa tak mahu ke semua ni? Tanya diri.

Maka bagi aku sendiri, ayat ni sangat mendalam maksudnya. So nice! Tambah-tambah sekarang ni aku kat rumah, jadi tendency untuk jatuh futur tu agak tinggi, tapi bila lihat kepada ayat ini, mengingatkan balik lah yang Allah tu sentiasa dekat dan memandang kita.

Tuhan dekat UTM, Tuhan dekat UiTM, Tuhan dekat Kelantan, Tuhan dekat Perak, ialah Tuhan yang sama iaitu Allah S.W.T. Jadi campaklah kita kat mana pun, Allah sentiasa dekat dan tarbiah itu perlu dijaga. Dan kita perlu jaga doa kita sebagaimana kita jaga diri kita sebab through duas ini lah yang mendekatkan diri kita dengan Allah. Kalau dengan manusia kita boleh share masalah, kenapa tidak Allah?

Kita ni tend to take things for granted. Biasalah, manusia kan. Kadang-kadang kita tahu Allah tu dekat, kita tahu Allah tu akan kabulkan doa kita, tapi kenapa kita masih buat hal yang menjauhkan diri kita dengan Dia? One thing for sure, larilah sejauh mana pun daripada Allah, tapi suatu hari nanti kita akan kembali juga dekat dia, bezanya cuma; Dalam keadaan terpuji atau keji.

Jangan putus asa mencari redha Allah, walau kat mana pun hang. OK?




No comments:

Post a Comment

:: DAIERY 2016/2017 ROAD TO USTAZIATUL ALAM ::