ahlul jannati. Ameen.

Followers

Tuesday, 28 July 2015

Apa Khabar Jahiliahmu?





Jahiliah. 


Klise ke bila dengar? Acap kali kita dengar tentang perkara ni, tetapi sejauh mana kita faham dengan istilah jahiliah? Sejauh mana? 


Aku rasa diri aku terlalu angkuh kerana pada awalnya aku hanya pandang kepada jahiliah yang besar. Berzina, minum arak, bunuh anak perempuan, sembah berhala dan sebagainya. Jahiliah ketika zaman arab dahulu.

Thursday, 30 April 2015

Metal Man (Pemuda Logam)




Ini bukan kisah Iron Man, atau kuasa ultras mega menggegarkan bima sakti! Malahan, ini lebih besar daripada itu! Sudah bersedia? Ayuh!

Dalam sebuah hadis dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w ada bersabda: 



Kamu akan dapati manusia itu seperti logam (himpunan berjenis besi-besi), baiknya mereka di waktu Jahiliyyah, baik juga mereka di waktu Islam, sekiranya mereka faquh (faham).


Masa mula-mula aku terima hadis ini, aku tak faham pun. Apa yang logamnya? Kenapa tidak dikatakan manusia itu seperti batu? Seperti hujan? Seperti mutiara? Seperti sebiji kurma Yusuf Taiyoob? Mengapa?

Monday, 16 March 2015

Aku malas nak membaca!





“Perbandingan kedua golongan itu (orang-orang kafir dan orang-orang mukmin), seperti orang buta dan tuli dengan orang yang dapat melihat dan dapat mendengar. Adakah kedua golongan itu sama keadaan dan sifatnya? Maka tidakkah kamu mengambil pelajaran (daripada perbandingan itu)?”
[11: 24]

Moshe Dayan, seorang penulis Yahudi dan panglima Pasukan Pertahanan Israel pernah menggariskan tiga kelemahan utama umat Islam dalam satu artikelnya :-


1. Umat Islam tak merancang dengan teliti

2. Umat Islam tak pernah belajar dari sejarah lampau

3. Umat Islam terdiri daripada orang-orang yang malas membaca


Apabila terbitnya artikel ini, ramai orang Yahudi marah kerana khuatir sekiranya orang Islam akan mengubah kelemahan-kelemahan ini selepas mereka tahu. Tapi apa jawapan Moshe Dayan?

"Tak payah risau, orang-orang Islam takkan tahu. Depa bukannya baca pun."

Saturday, 14 March 2015

'Sorry kak, tak dapat hadir usrah. Ada program kelab.'




Pernah tidak kita terfikir, bukan sahaja Iblis, malah mengapa malaikat persoalkan tentang penciptaan manusia seperti di dalam surah Al-Baqarah ayat 30. Sedangkan kita tahu, malaikat adalah makhluk Allah yang taat, patuh dan sentiasa menurut. Mengapa malaikat yang patuh itu persoalkan? Maka apa kata Allah? Allah kata Dia lebih mengetahui daripada malaikat-malaikat itu. Penciptaan kita ada tujuan, penciptaan kita pasti ada sesuatu yang mahu dikhabarkan. Kenapa bukan pokok? Kenapa bukan jin? Kenapa bukan sungai? Kenapa bukan gunung? Kenapa manusia yang banyak melakukan kemungkaran ini juga dipilih untuk menjadi khalifah di atas muka bumi?

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; 
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". 
Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): 
"Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), 
padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". 
Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya"
[2:30]

Sejak azali lagi, sebelum kita dilahirkan, kita telah berjanji pada Allah untuk menjadi abid dan khalifah di muka bumi. Kita telah berjanji. Berjanji. Berjanji. Jadi adakah kita sedar bahawa kita sedang melunaskan janji ini ataupun tidak? Orang selalu bercakap mengenai tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai seorang pelajar, tanggungjawab sebagai anak, tanggungjawab untuk menguruskan program, tanggungjawab untuk memberi nafkah dan sebagainya.


Kita terlupa dengan satu tanggungjawab yang mana kita telah berjanji akan tanggungjawab ini sejak sebelum kita lahir lagi.

Wednesday, 4 March 2015

Sekupang dan Tarbiyah




Sekupang.

Sekupang ni bukan sejenis siput, bukan juga Kupang di Nusa Tenggara Timur. Sekupang di sini aku merujuk kepada nilai wang. Hang pi tanya budak-budak yang asalnya daripada utara, komfom depa tau. Kalau depa tak tau, aku mohon hang debik kepala depa. (Eh jangan. Tak baik tau debik-debik macam mak Shinchan ni)


Sekupang ni bersamaan dengan sepuluh sen. Tahu kan sepuluh sen? Kalau hang pi kedai nak beli sebungkus Maggie berharga 4.90, tambah lagi sekupang maka genaplah 5 ringgit. Nampak tak kredibiliti aku sebagai seorang guru dalam mengajar kira-kira? Well. *tiup-awning-tudung*

Ok selesai bab sekupang.

Tarbiyah.

Tuesday, 20 January 2015

Dekatnya Awak!




Aku suka. Aku jatuh cinta. Aku mencintai. Aku terkesan. 
Dengan cinta yang Dia titipkan buatku;


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran (al-Baqarah 2:186).

1. Allah is so close to you, beb!



Allah berfirman, فَإِنِّي قَرِيبٌ (maka jawablah, bahawasanya Aku adalah dekat).

At first when I taddabur this ayah, I swear I got goosebumps all over my body. Perkataan 'dekat' tu seolah-olah mencucuk suatu perasaan yang sukar untuk aku gambarkan. Sebab masa tu, aku dok bayang macam-macam orang (mak, ayah, kakak, adik, sahabat etc) yang menandakan dekatnya depa dengan aku, but when I questioned myself about dekatnya Allah, I feel like a pile of heavy blankets weighing me down into the couch cushions because I am so hopeless about this! Yet I know, tetapi masih berperilaku seolah-olah Allah itu jauh.

Allah ni dekat, bukan dari segi zat atau fizikal. Dekatnya Allah, bukan macam kita dekat dengan mak ayah kita. Contoh: Aku belajar kat Johor dan tiba-tiba aku rasa rindu kepayang sangat kat mak ayah, jadi aku kena pi beli tiket bas-naik bas-turun bas, merantau lebih 2 marhalah semata-mata nak pi jumpa mak ayah. Memerlukan perjalanan. Tetapi dekatnya Allah, tak meminta pun kita naik ke langit ke, naik ke gunung ke, pergi ke Istanbul ke... Allah is there, there where you are! Kalau hang kat pasar malam, masa tu hang boleh cari Allah. Kalau hang kat Kelantan, masa tu Allah ada juga, kalau hang kat Kampuchea, tang tu pun Allah ada. Allah is everywhere.
:: DAIERY 2016/2017 ROAD TO USTAZIATUL ALAM ::