ahlul jannati. Ameen.

Followers

Sunday, 4 May 2014

"Famili aku bukan macam famili hang."





Kita hidup Dalam satu dimensi yang penuh dengan ujian. Kadang-kadang kita rasa lelah, kadang-kadang kita rasa putus asa, dan ada kalanya kita rasa hidup ini tidak adil. Hidup kita, dihadirkan dengan sekelompok manusia. Sekelompok manusia yang digelar 'keluarga'. Saya percaya, tiada satu pun manusia di dunia ini yang memiliki caritera keluarga yang sama, atau kondisi keluarga yang serupa dengan keluarga lain.

Karena keluarga itu sifatnya unik.

Karena keluarga itu memiliki roh yang istimewa.

Secara peribadi, soal diri anda― Pernah tidak anda membandingkan kondisi keluarga anda dengan keluarga orang lain? Mungkin tidak terpacul bait perbandingan itu secara terus, tapi dalam komunikasi harian anda, ada tidak?


Contoh;

"Famili aku bukan macam famili hang."

Saya bukannya mahu mengkondem, apatah lagi meletakkan rasa prejudis. Cuma apa yang mahu saya ketengahkan di sini, ramai yang menggunakan figura famili itu sebagai asbab untuk tidak bergerak ke hadapan, seolah-olah mereka terperangkap dalam kondisi keluarga yang malang.

Kita lihat dengan pandangan kasar kita― Ada manusia yang memiliki keluarga yang cukup indah biah solehah-nya. Ibu bapanya ialah individu yang punya agama, dia juga dibesarkan dalam keluarga yang mewah dengan rasa sayang. Dan anda pula lihat keluarga anda― Keluarga yang biasa-biasa. Cumanya keluarga anda kaya dengan wang, tetapi ibu dan ayah anda sibuk dengan kerja mereka sehingga tiada masa untuk anda. Ini merupakan situasi yang acap kali dilakonkan di drama televisyen dan hakikatnya wujud di realiti sini.
Suatu hari, perkara yang buruk berlaku kepada anda. Dan anda asyik menunding. Menunding kepada siapa? Keluarga anda. 

"Famili aku tak pernah kisah kat aku. Famili aku bukan macam famili hang."


Ini yang sering berlaku. Mungkin tidak kepada anda, tetapi wujud dikalangan sahabat-sahabat anda, atau insan terdekat dengan anda. 


Contoh lain pula, keluarga anda memiliki masalah dalaman yang dasyat. Sangat dasyat, sehingga setiap kali anda terfikirkan masalah itu, hanya air mata yang mampu menjadi peneman. Anda pendam. Anda pendam dan tiada siapa yang tahu tentang masalah keluarga anda. Tapi jauh di sudut hati anda, kadang-kadang anda persoalkanTak boleh ke aku nak happy sekejap ja?


Dan pelbagai lagi kondisi keluarga yang infiniti nilai realitinya.


Keadaan keluarga kita, tidak sama dengan keluarga orang lain. Mungkin ada anak-anak yang terbiar kerana keluarga yang tidak peduli, mungkin ada anak-anak yang jahil kerana keluarga yang tidak memimpin. Sampai satu ketika, ada diantara anak-anak itu yang mengeluh, 

"Better takdak famili macam ni".

Realiti. Mungkin tidak berlaku kepada anda, tetapi kepada insan lain.


Saya tahu, berat untuk menanggung rasa pedih dan kecewa. Tambahan pula jikalau keluarga anda tidak seperti keluarga bahagia yang lain. Saya tidak tahu apa yang anda alami, saya tidak tahu seberapa kerap anda menangis dan memendam segalanya, saya juga tidak tahu sehebat mana luka yang telah berbekas di hati anda. Buat anda, ada cinta yang mahu saya titipkan. Keluarga anda mungkin tidak sebahagia yang lain, tetapi keluarga anda adalah satu-satunya harta istimewa yang anda punya di dunia ini. Mungkin ada cacat-celanya pada keluarga anda, tetapi tanpa anda sedar, hakikat sebenarnya hal itu telah mematangkan hati anda untuk menjadi tabah. 


Sebentar tadi saya beri makanan kepada kucing  jalanan yang singgah di rumah, tiba-tiba saya terfikir― Kucing ini tidak punya keluarga, dia sendirian mencari makanan. Ini baru kucing, belum lagi anak-anak yang dibesarkan tanpa keluarga. Allah, hibanya rasa. Maka, koreksi diri anda. Mungkin anda memiliki keluarga yang penuh dengan masalah, namun sekurang-kurangnya anda dapat merasa apa itu erti sebuah keluarga dan rasa memiliki. Allah itu sentiasa tahu, dan Allah itu tidak pernah lupa untuk memberitahu. Suatu hari nanti, Allah pasti akan khabarkan sesuatu yang bahagia buat anda berkat daripada kesabaran anda. Allah turunkan anda dalam keluarga yang sedemikian― Pasti punya hikmah yang tersembunyi. Bila tiba masanya, anda akan kecapi rasa bahagia itu. Cuma sekarang, Allah mahu mengajar anda tentang hakikat sabar dan syukur. Anda bertuah, anda terpilih untuk madrasah ujian ini. 


Bersabar ya?

Allah loves you, more than you ever know.


1 comment:

  1. bersabar ye jika anda ada masalah dlm family

    ReplyDelete

:: DAIERY 2016/2017 ROAD TO USTAZIATUL ALAM ::