ahlul jannati. Ameen.

Followers

Sunday, 26 January 2014

Kisah 5 Minit: Kaya.



*Penceritaan tanpa plot yang tersusun dan bahasa yang tidak terikat dengan mana-mana cetakan pustaka*


Lapisan awan makin hilang dibawa senja, langit menggelap membawa perkhabaran malam yang bakal bertandang. Aku sendirian di atas bas sambil ditemani chocolate waffer yang masih berbaki lewat tengahari tadi- Sit yang aku duduk tidak berapa selesa kondisinya. Habis sakit tulang belakang aku. Kecil sangat saiz sit itu, rasa bagai mahu terkuak lentang atas lantai bas sahaja. 


Hm... Atau mungkin sahaja aku yang bertubuh besar sampaikan sit bersaiz kawah itu aku masih kata kecil.


Ah.

Mengeluh. Itu sahaja yang aku tahu.


+++


Picu enjin ditarik si pemandu bas. Alhamdulillah, sampai juga aku akhirnya. Aku rasa wajah aku lesu tika itu, mata ini bagai mahu terpejam rapat menanti tibanya esok hari. Letih.

"...Do you wanna build a snowmannn", telefon aku berbunyi. 

Ya. Aku tahu, comel nada dering aku se-comel tuannya. Hihik. Penampo!

"...Hmm Alhamdulillah! Dah sampai. Abah kat mana? Ok..ok..", aku menjawab panggilan itu dalam samar-samar, kerana ketika itu fokus aku melirik kepada seorang nenek tua dan anak kecil di sebelah aku. Bila aku mengakhiri perbualan telefon, aku curi-curi memandang mereka. Bola mata dilirik manja sambil tersimpul-simpul malu. (Aik?) Silap cerita ni.



Ehem. 

Aku lihat anak kecil itu bersama seorang wanita, ibunya barangkali. Mereka berdua tersenyum manis merenung raut wajah nenek tua itu. 


Kemudian, anak kecil itu bersuara;


"Nenek. Saya pergi dulu.", terukir selakar garis di bibir anak kecil itu lantas mencium tangan nenek itu dengan penuh hormat. 

Tika itu, tersentuh tangkai hati aku- Aku...Aku terharu melihat anak kecil itu. Pada amatan aku, anak kecil itu berusia dalam 4-5 tahun, comel, berkopiah di kepala, manis senyumannya. Aku cuma...tersentuh.

Berlalunya anak kecil itu, menjentikkan satu rasa yang baharu dalam diri aku. Sedang aku ralit memerhati bayangan anak kecil itu, tiba-tiba nenek tua itu bersuara.


"Nak pi mana ni?"


"Ar...Emm...Saya baru balik dpd KL. Tengah tunggu Abah.", tutur aku perlahan sambil mengamati segenap tubuh orang tua itu. Lirikan aku jadi kaku bila sampai pada bahagian jari kakinya.


"Nek...Kenapa dengan jari kaki tu?"


Jeda. Nenek tua itu diam. Telapak tangannya perlahan-perlahan mengusap bahagian bawah kelopak matanya. Haa, sudah mengerti lah aku. Tidak mahu tanya lebih-lebih, usapan dan senyuman sahaja yang mampu aku terbitkan.


"Nenek memang selalu ada kat sini?", aku cuba mengubah suasana.


"Tok tinggal sini, dah takdak tempat tinggal. Nanti Tok nak p Palong Negeri Sembilan...Kumpul duit sikit-sikit...Nak jumpa anak Tok.", butir-butir jernih mula melewati pipinya. Dia menggelarkan dirinya sebagai 'Tok'.


Aku pula jadi diam. Aku rasa kesal. Sedangkan aku bermewah-mewahan, masih ada golongan sebegini yang dipandang sebelah mata. Cakap sahaja bagai mahu bergegar ketukannya, tapi desiran angin pun tidak terasa. Aku rasa bacul sekali.


Aku cuba mengulit rasa nenek tua itu. Dia mula menceritakan rentetan hidupnya. Rasa aku tika itu- bersyukur. Bersyukur sekurang-kurangnya aku masih mampu merasa bagaimana indahnya nikmat rezeki yang Allah beri, meskipun aku banyak mengomel.


Di akhir bicara nenek tua itu,


"Nanti nak kerja apa?"


"In sha Allah, kalau rezeki...Saya nak jadi cikgu."


Nenek tua itu tersenyum. Dan yang paling membuatkan aku bertambah syahdu, nenek itu mendoakan aku.


"...Semoga *nama* dapat jadi cikgu, dapat suami yang beragama, hidup diberkati."


Aku tersenyum, bagai mahu jatuh deraian air mata ini laju. Meskipun keadaan nenek itu begitu, dia sungguh kaya dengan doa. Walau apapun makna pertemuan ini, aku tahu Allah sedang menghadiahkan aku sebuah hikmah yang makhfi.


"Kalau benar pun aku tidak kaya, semoga aku menjadi hamba yang kaya dalam mensyukuri nikmatnya. Dan semoga ini menjadi pemula untuk menganjakkan diri dalam keutamaan Ummah. "






2 comments:

  1. Aaminn. semoga doa nenek tua itu menjadi kenyataan :)

    ReplyDelete
  2. semoga kita menjadi kaya semuanya..heee
    jemput join GA saya
    http://hunyieda.blogspot.com/2014/01/giveaway-santai-hunyeda.html

    ReplyDelete

:: DAIERY 2016/2017 ROAD TO USTAZIATUL ALAM ::