ahlul jannati. Ameen.

Followers

Tuesday, 24 December 2013

Sindrom Insaf Sekejap.



"Aku rasa insaf. Insaf sekejap."

Situasi 1

*Bukak televisyen. Lihat bencana alam sana-sini*

Rasa insaf. 
Khuatir ini adalah amaran daripada Allah, dan memungkinkan segala petanda kepada pengakhiran.
Rasa insaf sangat.

*2 hari kemudian*

Kembali mengarah pada nikmat dunia yang sementara— Sakan main futsal sampai Isha' melayang. Gegeh dengar muzik sampai lagha tak baca Quran.
Insaf sekejap, katanya.

Situasi 2

*Dengar tazkirah tentang isu Ummah di Mesir*

Rasa insaf.
Teringin benar akan syahid, terasa kobaran semangat untuk pergi berjuang bersama.
Rasa insaf sangat.


*10 minit selepas tazkirah tersebut*

"Jom main DOTA malam ni. Tak pun FIFA online keee.", ajaknya kepada teman.

Insaf sekejap, katanya.

Situasi 3

*Baca akhbar. Isu akhlak dah semakin pincang. Zina sana-sini. Isu agama dipolitikkan*

Rasa insaf.
Bagai terpanggil untuk berbakti kepada Ummah.
Rasa insaf sangat.

*Beberapa hari kemudian*

Duduk cangok depan komputer, pulun 'movie marathon' cerita hindustan lah, drama adaptasi novel la, paling tidak pun 'Lelaki Belari'.
Habis melayang semangat buat Ummah.

Insaf sekejap, katanya.

Kalau berbicara tentang sindrom 'Insaf sekejap', aku yakin ramai yang sedang bergelut dengan hal sebegini. 'Pernah' dan juga 'sedang' mengalami, tidak kurang juga 'akan' mengalami. 

Pada awalnya terasa begitu insaf; namun setelah beberapa ketika, kembali kepada keadaan asal yang futur.

Ah. Bukan kamu sahaja, aku juga tidak terkecuali.

Manusia yang tidak sempurna, sangat biasa.

Kamu, aku, mereka — Kita semua manusia biasa. Andai berbicara tentang iman, iman kita ini yazid wa yanqus. Kadangkala di atas, kadangkala di bawah. Bila kita berada dalam suasana bi'ah solehah (suasana baik), mungkin kita akan merasa kelazatan iman dan mahu melakukan perkara yang baik-baik. Namun bila kita berada dalam suasana yang kurang baik, kecenderungan untuk melakukan perkara lagha itu sangat tinggi. 
Itulah iman kita, ada turun naiknya kerana kita manusia biasa yang sentiasa diuji. 

Kesal.


Dulu aku seorang kipas-susah-mati terhadap KPOP. Tahu KPOP itu apa..? 

KPOP itu mungkin sejenis cekodok bagi golongan-golongan yang tidak mahu ambil tahu tentang KPOP. Baiklah, bukan niat aku untuk bercerita tentang KPOP. Cuma di sini aku mahu tekankan, sewaktu aku berada dalam fasa ''gilakan" KPOP suatu masa dahulu, aku banyak menghabiskan wang untuk memberli 'merchandise', tidak kurang juga tergedik-gedik menari tarian Fiction oleh Kumpulan Beast (Ops maaf tercerita pula di sini). Beberapa ketika kemudian, aku punya rasa sesalan terhadap apa yang telah aku lakukan. 
Kesal. Jadi di sini aku mahu fokuskan rasa insaf itu ada perkaitan yang cukup rapat dengan kesal. Kita rasa insaf kerana kesal dengan perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan. Jelas? Adakah terlalu rumit, atau kelihatan seperti aku sedang membebel di sini?

Jeda.


Ehem. Maka di sini boleh kita kaitkan, rasa insaf itu sebenarnya hakikat menuju taubat.

Seandainya kita mula rasa insaf (meskipun insaf sekejap), itu sudah petanda baik! Maknanya hati kita masih tergerak untuk beredar daripada daerah zulumat dan menuju taubat.

Thumbs up untuk anda golongan insaf sekejap! Hehek.


Suasana.


Aku analogikan seperti kita sukakan seseorang. Kalau kita sukakan seseorang, pernah tidak terlintas dalam benak hati kita untuk sukakan dia sekejap sahaja? 

Orang kata, "Suka dia saja-saja. Crush."

Kadang-kadang ya, kadang-kadang rasa itu kekal. Namun, rasa itu akan memaknai segenap hati andai kita berada dekat dan selalu bersama individu itu; Kerana rasa suka itu akan menjadi bertambah suka! Sama juga halnya dengan keinsafan. Untuk menjadikan rasa insaf itu kekal, kita harus sentiasa berada dalam suasana yang membawa kepada keinsafan.


Misalnya kita insaf daripada merokok. Jadi kita perbanyakkanlah meluangkan masa di hospital bahagian pesakit paru-paru. Supaya kekal insaf.


Misalnya kita insaf daripada mengumpat saudara kita.

Jadi kita banyak-banyaklah duduk dengan kucing-kucing jalanan supaya tidak lagi mulut ini berkata yang dusta, sebaliknya bercakap sahaja dengan kucing.

Eh, logik kah?


Jadi, faktor persekitaran sangat mempengaruhi. Kalau kita benar-benar mahu merasa insaf yang membawa kepada hakikat taubat, carilah suasana yang baik-baik.


Taubat.


Contohnya kita sedang menonton video mengenai syahidnya saudara-saudara kita di Mesir. Kita mula rasa insaf. Seandainya ketika itu kita belum menunanaikan solat, lakukanlah solat dengan segera. Jangan dilepaskan nikmat keinsafan! Kalau kita dapat signal keinsafan, segera bawa ia kearah taubat. Taubat yang bagaimana? Taubat yang disertai dengan pembaikan diri melalui perbuatan, bukan niat semata-mata.





فَمَن تَابَ مِن بَعْدِ ظُلْمِهِ وَأَصْلَحَ فَإِنَّ اللّهَ يَتُوبُ عَلَيْهِ إِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 


Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[Surah Al-Maidah ayat 39]


Tadah tangan.

Ehm. Ehm. Tadah tangan di sini aku merujuk kepada berdoa. Untuk menjadikan keinsafan kita itu berpanjangan, sentiasalah meminta kepada Allah. Tolong jangan malas, tolong. Minta pada Allah, supaya dipegangkan hati kita untuk merasa nikmat keinsafan yang berpanjangan. Segala usaha tiada nilainya tanpa doa. Jadi, tolonglah berdoa. Jangan putus asa.

Insaf sekejap itu sering berlaku dalam diri kita. Kita yang menentukan sama ada kita mahu melepaskan rasa itu, atau bawa ia ke arah keinsafan yang berpanjangan. Biarlah keinsafan yang berpanjangan, jangan angan-angan pula yang panjang.

Semoga kamu dan aku,
Kita semua,
Mendapat keinsafan yang berpanjangan.

Berusaha ya? 

Sengih.





3 comments:

  1. sgt terksan.....thanks utk entry nih.. :)

    ReplyDelete
  2. Jazakillah ya ukhti^^

    ReplyDelete
  3. Tabarakallah :) nice one.
    Feel free to visit mine.
    http://hanisbiha.blogspot.com

    ReplyDelete

:: DAIERY 2016/2017 ROAD TO USTAZIATUL ALAM ::