ahlul jannati. Ameen.

Followers

Sunday, 3 November 2013

Tanpa Tajuk.



Kadang-kadang diri ini persoalkan, mengapa Tuhan mengizinkan aku hidup sedangkan begitu banyak kerosakan dan dosa kaparat yang telah aku lakukan. Kalau sahaja apa yang aku lakukan disaksikan oleh seluruh dunia, ditayangkan di skrin kedai mamak untuk tontotan sang penonton yang asyik mengkondem, aku rasa sudah lama aku dimaki dan dicaci. Tapi segala aibku dijaga rapi oleh Dia, dan enaknya aku dipandang mulia kerana kemuliaan Al-Waliy, Yang Maha Pelindung.

Dan kali ini, Allah masih memberikan aku kesempatan untuk merasa apa itu penghijrahan. Walaupun ianya tampak klise bagi sesetengah manusia, tetapi rasa ini begitu nikmat jika ianya penghijrahan dari dalam, bukan luaran semata-mata.


Bukan kerja aku untuk menilai tetapi menggunakan imej yang menjaga rapi aurat sebagai titik untuk memperlihatkan 'tahap' kesolehan, bukanlah sesuatu yang baik. Aku sudah mengenali ramai manusia, begitu juga aku sudah bosan dengan diriku yang hipokrit.


Kau melihat dia bertudung sengkek, kau melabel dia tidak faham agama.
Kau melihat dia tiada berhijab, kau melabel dia wanita jahat.
Kau melihat dia ketawa besar, kau melabel dia tiada kesopanan.
Kau melihat dia masam mukanya, kau melabel dia sombong celaka.
Apa lagi labelan yang boleh kau letakkan secara ranggi penuh kemoliaan, kononnya? 
Aku penat begini. Kerana aku juga hipokrit sebegini. Terkadang rasa hina dengan diri sendiri kerana sentiasa merasakan diri sudah benar 'cukup'.

Aku sering bersama sahabat yang lain, memperdengarkan pelbagai musykillah. Dan tanpa aku sedari, kadangkala aku terjerumus kepada simpton 'umpatan' dan 'mengata'. Aku tewas. Pada perkiraan aku, aku sudah cukup husnuzhon, tetapi hati ini masih berombak membisik kata nista. Aku sedih dengan diri aku yang mudah tewas ini. 


Bertemu aku dengan kakak Naqibahku, bertanya perihal ini. 


"Kak. Kadang-kadang kami takmau pikiaq dah pasal kawan kami tu, tapi kami nak cuba jadi kawan yang baik, nak ajak dia sama-sama jadi baik. Cemana ni Kak?"


"Jangan putus asa. Tugas kita untuk sampaikan kebenaran, terima atau tidak, itu hidayah milik Allah.", naqibahku tersenyum.


"Tapi kadang-kadang kami penat nak husnuzhon. Payah sangat...Termengata pasai dia bila dengan kawan-kawan lain."


"Perasan tak? Allah hadirkan kawan kamu tu sebagai satu ujian untuk kamu. Balutlah hati kamu dengan rapi. Sedang Allah Maha Mengetahui.", dia tersenyum lagi.


Aku terdiam. Cuba mengerti apa yang disampaikan. Pulang aku ke bilikku, rasa sebak yang teramat. Dadaku mencucuk-cucuk minta dibelai penuh keikhlasan dan kecintaan. Tidak pernah aku rasakan kerendahan yang sebegini indah. 




Ketahuilah, setiap apa yang dirasakan susah untuk kamu kerjakan, adalah ujian Allah buat kamu. Apa kamu cukup bersedia?

Quran 50:16 untuk hatimu.

Kalau rasa malas hendak baca buku, itu ujian buat kamu.

Kalau rasa payah nak bangun pagi, itu ujian buat kamu.
Kalau rasa renyah nak ajak kearah kebaikan, itu ujian buat kamu.

Bersempena dengan Awal Muhharam 1435 Hijrah, satu pesanan perlu disemat rapi,



"Pandanglah seseorang yang berubah tanpa mengungkit dan mengkritik. 
Give them support. Fitrah manusia suka dipuji dan disokong, jadi jika kita support someone tu secara kolektif, In sha Allah perubahannya adalah yang kekal dari dalam diri."


Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, dengan azam yg baru, kita terus berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan diri dan terus tabah mengharungi cabaran masa depan dengan fikiran yg lebih matang. 

Dan, Hijrah bagi aku bila aku mula sedar ada tanggungjawab yang lebih besar daripada ghairah nak dapat 4 flat atau gedik nak mencari tulang rusuk yang hilang. Hijrah bagi aku bila aku rasa sangat kecewa tetapi Allah tak putus asa memberi aku nikmat. Hijrah bagi aku bila Allah masih mahu menegur khilafnya aku dan mencampakkan aku rasa ingin kembali kepada fitrah seorang hamba. Ho yeah! 


Salam Ma'al Hijrah.


1 comment:

  1. semoga ALLAH sentiasa memberikan kita ruang untuk berhijrah...sama2 lah kita byakkan berdoa kepadaNYA

    ReplyDelete

:: DAIERY 2016/2017 ROAD TO USTAZIATUL ALAM ::