ahlul jannati. Ameen.

Followers

Wednesday, 6 November 2013

Hujan.




*Penceritaan di bawah tidak menggunakan plot yang tersusun dan tatabahasa yang baik.*


"Bil...Boleh aku tanya, pasepa hang suka bagi semangat kat orang? Kadang-kadang aku cemuih jugak tengok, macam hang ni tak dak masalah."

Nabil tersenyum. Dia menepuk perlahan bahu Hafiz, tersenyum lagi.
Tika itu. Jeda.

"Meh kita solat. Dah zuhur ni.", Nabil bingkas bangun. Dia segera ke ruangan mandi untuk mengambil wudhuk. Hafiz membungkam. Matanya masih melirik ke arah Nabil yang tidak endah akan soalannya. 

"Apa hang ingat aku robot boleh paham hang senyum-senyum cenggitu?", dengus Hafiz sendiri. Bibirnya dikemam, ligat memikir apa yang cuba Nabil potretkan tentang 'senyuman' yang satu itu.

"Hang tunggu apa lagi? Waktu solat ni bukan macam kedai mamak yang hang boleh lepak berapa lama hang suka. Masa tu berjalan.", Nabil bersuara, melenyapkan Hafiz daripada khayalan. Nabil menyarungkan kopiah putih ke bahagian atas kepalanya. Mengerling sejenak memandang cermin di bahagian depan almari.

"MashaAllah. Handsome jugak aku ni, macam Shahid Kapooooor. Hehehe.", hati Nabil menggeletek.


Karut.


Dia lantas membentangkan sejadah bersudut ke arah kiblat. Sementara menanti Hafiz, sempat dia beristighfar ke atas khilafnya diri.

"Dah jom. Hari ni hang imam noh?", Hafiz tersengih dan sudah bersedia di posisi makmum. Nabil sekadar mengiyakan, manis tersenyum.

" Allahu akbar, Allahu akbar. Asy-hadu alla ilaha illallah. Asy-hadu anna muhammadar rasulullah....", lafaz iqamat memulakan jemaah Zuhur dua sahabat ini.


Tenang.


Keadaan dikala itu terasa begitu tenang. Gerimis di luar syahdu membawa perkhabaran rahmat. Payungan awan mula berarak. Hujan semakin ligat membasahi bumi. Usai solat Zuhur dan berhajat, Hafiz bangun daripada duduknya. Songkok hitam ditanggalkan sambil bola matanya merenung ke luar tingkap.

"Lebat teruk hujan hari ni, Bil! Sejuk menggeletaq aku gini.", Hafiz memeluk tubuh.

"Allahumma soyyiban nafi'a. Allahu...Aku suka tengok hujan. Rasa tenang.", segaris senyuman dilemparkan Nabil.

"Hmm. Macam tenang je...Macam tenang je...", Hafiz menggaru bahagian belakang tengkuknya yang tidak gatal.

"Hang tau dak? Hujan ni makhluk Allah yang sangat taat. Ramai yang dok mengeluh bila hujan turun misalnya tak dapat nak pi mancing petang-petang, rasa ngantuk lah, rasa sejuk lah, apa lah. Walaupun kadang-kadang manusia dok caci dia tanpa depa sedaq, hujan ni tetap turun dan takdak setitik hujan pun yang ingkar. Dia tak hadam pun apa yang manusia kutuk dia. Hebat kan?"

"Itu aku tau ah. Apa yang hang dok falsafah panjang-panjang ni?"

Nabil tersenyum. Dia mencapai senaskah Quran tafsir bersaiz kecil dan menghulurkan Quran tersebut kepada Hafiz.

"Cuba buka surah 30 ayat 48 dan 49. Apa yang hang faham?"

Mata Hafiz menyorot memandang huluran itu. Segera dia menyelak naskah Al-Quran tersebut dan mencari Surah Ar-Rum.

"Hmm.", Hafiz jadi kelu.

"Aku tak sehebat hujan, Hafiz. Sebab tu aku suka bagi semangat kat orang lain.", akhirnya persoalan tadi terjawab meski dalam nada kiasan.

"Maksud hang?"

"Aku tak sehebat hujan yang mampu gembirakan manusia bila aku hadir, aku tak sehebat hujan yang mampu bawa kegembiraan kepada mereka yang dalam kehausan, aku tak sehebat hujan yang mampu menjadi penawar kepada lelah manusia dan at the same time, mampu menjadi makhluk yang taat. Aku tak sehebat hujan."

"Apa kaitannya dengan soalan aku tadi?", Hafiz kian bingung. Dia memang tidak arif bab-bab kiasan.

"Aku suka bagi semangat kat orang lain sebab aku dah selalu kecewa. Aku tahu macam mana sakitnya rasa dikecewakan. Aku tahu macam mana rasa pedihnya kegagalan. Aku tahu macam mana peritnya kehilangan. Kalau aku tak mampu jadi hujan yang mampu hapuskan lara manusia lain, cukuplah aku jadi guruh yang berdentum memberi semangat kat depa. At least, membahagiakan orang lain dapat membahagiakan diri aku. Aku yakin akan janji Allah.", Nabil tertunduk namun masih ada calitan senyuman yang terpancar.

Suasana jadi jeda.

Senyap.

Hafiz mengemam mulutnya.

"Nabil."
"Ya...?"
"Terima kasih."
"Pasepa?"
"Sebab sebelum ni hati aku tak pernah rasa hujan, tetiba hari ni, aku rasa nak teriak baq hang!", Hafiz memeluk erat tubuh Nabil. Nabil jadi kaget, terkaku bagaikan patung cendana.

"Aku pelik. Aku ingat manusia macam hang ni tak pernah rasa sedih. Ya ah, apa-apa problems, semua orang luah kat hang. Hang lek ja dengaq semua tu dengan muka seposen hang.", pelukan itu dileraikan.

"Hafiz, Allah tu adil. Boleh jadi ujian orang lain tu sebenaqnya Allah nak didik kita supaya bersyukur. Bersyukur sekurang-kurangnya Allah jaga rapi permasalahan kita dan buatkan kita jadi lebih matang. Kan dalam sebuah hadis ada disebutkan, Allah selalu menolong hambanya selama hambanya menolong saudaranya. Sebelum kita menerima bahagia, kita kena berikan kebahagiaan kat orang lain, kan?", Nabil tersengih. Menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.

Hafiz mengangguk. Dia bingkas bangun dan menuju ke arah pintu.

"Eh. Hang nak pi mana tu?"

"Aku nak rasa kenikmatan hujan!", Hafiz memulas tombol pintu. Sejenak berpaling dan tersenyum mesra.

"Tunggu aku! Kalau nak demam, biarlah kita demam sama-sama!", Nabil mencapai sekaki payung berwarna merah.

"Jom lah!", pinggang dicekak, Hafiz kelihatan gembira. Nabil memayungi Hafiz daripada lebatnya hujan. Di bawah langit yang sama, mereka berlalu.


3 comments:

  1. Hai.. cakkk!! done singgah n follow sini no. 701
    sudi2 kiranya follow me back yea.. =) tQ..
    senyum selalu.. salam kenal.. heee..

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete

:: DAIERY 2016/2017 ROAD TO USTAZIATUL ALAM ::