ahlul jannati. Ameen.

Followers

Saturday, 26 October 2013

Kerana Aku Suka Bertangguh.





Bukan cuma aku. 

Juga mereka. 
Keberangkalian anda. 

Suka meringankan perkara dengan kerja bertangguh. 


Bukan aku maksudkan kerja pembikinan Jalan Tol Jagorawi atau Lebuhraya PLUS yang bertangguh. Ini kerja yang punya kaitan dengan tanggungjawab dan kredibiliti, picisan amanah yang perlu dicangkus.


"Aku target minggu ni nak bangun awal, nak maksimumkan tahajud 3 kali seminggu.", itu niatnya. Bila pagi menjelma, mata dicelik. Sekilas mengerling ke arah telefon bimbit yang bingit dengan deringan alarm. 


Dismiss.



Butang itu ditekan.

"It's okay. Esok masih ada.", kembali menarik selimut, membungkus diri bagaikan mayat hidup. Celiknya mata keesokan hari, masih memasang niat yang sama untuk bertahajud pada hari berikutnya. Tetapi kitaran yang sama berlaku. Masih bertangguh.
Itu manusia, dan hinanya melekat pada diri aku.

Buku dibuka. Pen dicapai. Semangat benar membuat ulangkaji. 15 minit berlalu, pen yang dipegang mula jeda dalam rentaknya. 


"Can I have a sleep for a moment. Nanti sambunglah study balik.", tutur diri perlahan membisik jasad. Masa untuk mengahadapi realiti, digantikan dengan mimpi yang fantasi. Itu lebih menjadi pilihan.


Bukan itu sahaja, sedang mata kusyuk memandang skrin komputer, menyoroti laman facebook mahupun twitter, azan berkumandang. 


"Ehm, lepas habis baca tweet ni aku solat ah. Kali ni je.", dan masa pun berlalu meninggalkan fasa 'solat di awal waktu'. Bertangguh, konon punya alasan. 


Parah andai bertangguh itu menjadi pilihan dalam mana-mana situasi. Ini bukan pilihan biasa, malah boleh mengundang barah yang lebih serius yakni penyakit futur dan lalai. 


Pasti sahaja ada beberapa perkara yang kita suka tangguhkan. Tetapi kebiasaanya perkara yang suka ditangguhkan itulah yang sebenarnya penting untuk kita. Aku akui, aku juga cukup sinonim dengan penangguhan kerja. Tapi Allah itu tidak pernah jemu untuk menegur silap manusia.


Pelik juga, kenapa kalau sakit perut, tidak kita bertangguh untuk ke tandas? 

Kenapa kalau lapar, tidak kita bertangguh untuk makan sahaja pada esoknya?
Kerana sikap bertangguh itu cuma hadir kerana kurangnya keinginan kita terhadap sesuatu perkara itu.

Apa yang menyebabkan kita bertangguh?


Mudah.


Manusia penangguh ini punya jalinan alasan yang sama;

Rasa bagaikan esok masih ada.
Rasa bagaikan masa masih panjang.
Rasa bagaikan cuma sekali ini sahaja aku bertangguh.
Rasa tiada minat untuk mengutamakan hal tersebut.
Pelbagai rasa.

Bukankan dalam 10 muwasafat tarbiyah Hassan Al-Banna telah diterapkan betapa pentingnya menepati masa dalam diri individu muslim? Mengapa masih bertangguh?


Firman Allah dalam Surah Al-Asr,

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. 
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menatapi kesabaran.”

Apa kita tidak merasa suatu kerugian yang amat besar sekiranya kita sudah disinarkan dengan hidayah, tetapi kita masih lagi bertangguh? Terutamanya bertangguh untuk bertaubat. Rugi.

Rugi di dunia kerana masa tidak dapat berundur kembali.
Rugi di saat sakaratul maut kerana pintu taubat tertutup selamanya.
Rugi di akhirat kerana hari pembalasan tetap akan ditempuh.

Kita sendiri tahu, bertangguh itu pencuri masa. Rasa puaskah menjadi manusia yang membuka lembaran sang pencuri masa?

Soal pada diri, andai Izrail datang menghampiri kita, adakah kita mampu untuk beralasan;
"Tangguhkan kematian aku kerana aku masih belum bertaubat."

No such thing.


2 comments:

  1. perkongsian yang bermanfaat .
    muwasafat tarbiyah
    -usaha sendiri
    -mlwn hwa nafsu

    fighting .

    ReplyDelete
  2. Punca bertangguh ialah kerana "rasa".Content yang menarik.Thanks for sharing. :D

    ReplyDelete

:: DAIERY 2016/2017 ROAD TO USTAZIATUL ALAM ::