ahlul jannati. Ameen.

Followers

Tuesday, 13 August 2013

A letter for you: Takmau Sedih!





Bismillah.

*surat sampai-surat sampai*


Kehadapan hang/*Masukkan nama hang di sini*,


Assalamualaikum wa rahmatullah.


Aku berdoa, moga-moga hang peroleh kebaikan dalam bait-bait ayat yg bakal aku coretkan. Dengan izin-Nya, moga-moga terbit sedikit rasa ketenangan kat jiwa dan akai hang.


Wahai saudara-ku,


Ya. Aku mungkin tak tau apa yg hang sedang lalui. Tapi aku faham,

life has been hard. Banyak persoalan dok celapak kat kepala hang dan hang persoalkan benda yg sama setiap hari. Pasepa hang kena lalui semua benda ni, pasepa hang tak macam orang lain, ah macam-macam persoalan, kan? Mungkin berkisarkan keluarga hang, atau pelajaran hang, atau mungkin kawan-kawan hang, apa sahaja lah noh.

Aku memang tak ada jawapan untuk setiap persoalan tu, but I hope my words may help you in some way or the other, if Allah wills.


Pertamanya, hang tau dak setiap kesakitan yang hang lalui, setiap ujian yang hang tempuhi, a few of your sins are being expiated? Haa tahu pun, kaffarah dosa! *angkat-kening*



Cuba hang usha Surah Asy-Syura, ayat 30.

Yes, you heard that right... Even kalau duri pokok tercucuk kat bahu hang and rasa aww sakitnya- your sin are being cleansed. So hang bayangkan je lah, betapa banyaknya dosa hang yg Allah ampunkan disebabkan kesakitan yang hang rasa? 
SubhanAllah, baik sungguh Allah.

Allah tahu hang sakit, Allah tahu hang rasa sedih, Allah tahu hang rasa pedih.
Dia tahu segala-galanya dan Dia takkan menzalimi hang. 
Sebab tu, Allah hadiahkan kita kebaikan setiap kali kita menanggung kepedihan.

Put your trust in Allah! Dan ketahuilah, walaupun hari ni hang rasa sedih, hang rasa dunia tak kisah pasal hang, hang tak pernah alone! Tapi aku faham, kadang-kadang hang rasa hang sendiri, takdak siapa nak kisah pasai hang. Tahu sebab apa? Sebab Allah saja jauhkan hang daripada manusia lain, supaya yg tinggal saat itu cuma diri hang dan Allah. 
Hanya hang dan Allah. 

Ya. Hanya hang dan Allah.

Dia yang ciptakan hang, so Dia tahu acuan yg terbaik untuk hidup hang. 
So, know that whatever is happening right now will eventually lead to something good! 

Allah tidak akan menguji kita di luar kemampuan kita.

Kalau hari ni hang rasa setiap perkara tu membuatkan hang sedih, menyiksa jiwa hang, ingatlah... Allah knows your capability better than you. Maka yakinlah, hang boleh dan akan lalui semuanya kerana Allah yakin akan kemampuan hang! Yeh! 

Dan mungkin setiap hari hang dok menangis pikiaq benda yang sama. Alih-alih pi depan cermin, mata pun dah jadi macam mata ikan- Sembap ja hehek.

So, mulai saat ni; Wipe away those tears. 
Bentang tikaq sajadah, sit down, raise your hands, menangis jika perlu dan ceritakan semuanya kat Allah. Ceritakan. Cakap pi lah bahasa arab ka, tamil ka, urdu ka, melayu ka, cerita kat Allah! Bercerita tu sungguh-sungguh tau macam masuk story telling! 
Bukan Allah tak tau apa yg hang dok sebak terguris sangat tu, but do it so that it decreases the load you have been carrying in your heart along.

Aku harap, Allah beri ganjaran terhadap setiap helaan nafas keperitan yg hang lalui, and He relieves you of the pain soon.

Takmau sedih-sedih dah noh, aku cepuk kang! Hehek.
Senyum. Kan comel tu. Allah pun makin sayang ;)

Salam sayang dan keamanan,

Saudara seagama-mu- Yang comel lagi kiut! Wahaha.
Aih. Aku rasa aku meraban dah ni.
Wassalam.



6 comments:

  1. Terharu baca..sedih kematian anak masih lagi tak hilang..btw,singgah follow sini.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inna Lillahi wa inna ilaihi rajiun. Hebat ujiannya. Keep strong Sis ;)

      Delete
  2. hari ni sedih,,datang jenjalan kat sini..dapat motivasi,,terima kasih saudara ku yang cantik manis :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Ayuh sama-sama kita bangkit daripada kesedihan! ;)

      Delete
  3. Tengah bersedih , elok lah tu , terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. ain jahat3...jahat3...au baru bace lah...grgrgr~ bling garfu bru tau.. sentap tau x~ =(

    ReplyDelete

:: DAIERY 2016/2017 ROAD TO USTAZIATUL ALAM ::