ahlul jannati. Ameen.

Followers

Tuesday, 11 June 2013

Cantik.




Baru seminggu keberadaan aku di sini, sabun badan dah tinggal separuh.
Pencuci muka hampir kempis gara-gara penggunaan stok 1 minggu lepas.
Semalam, shampoo kepala aku terjatuh dalam lubang jamban akibat kekalutan.

Ah, aku mengeluh lagi.

Bila aku koreksi diri, aku lebih risaukan penjagaan lahiriah- perkara pertama yg aku letakkan sebagai titik awal introspeksi adalah "Bila nak beli sabun ni?"

Tanpa aku sedari, hari ini sudah menjengah Syaaban ke-tiga. Dan keberadaan aku di sini selama seminggu, rupanya ada perkara yang lebih utama yang aku lalaikan berbanding sabun, shampoo, dan sebagainya

Baru aku sedar, ada signal yang Dia hantarkan kepada aku.

Menjaga lahiriah tak salah, namun menjaga dan menyucikan hati yang paling utama. Sesibuk mana pun kita, jangan diabaikan kunci utama di dalam hati.


"Aku hairan melihat segelintar orang sibuk membersihkan wajahnya tempat pandangan manusia, tetapi lalai membersihkan hatinya tempat Allah memandang" -Imam Ghazali


Inna akramakum 'indallahi atqakum.

3 comments:

  1. sungguh indah teguran Allah..:) sama2 kite muhasabah diri..

    ReplyDelete
  2. thanx for sharing =)
    jom singgah sini http://fazira-chaoticgirlblog.blogspot.com/2013/03/selamat-jalan-jerawat-dan-rambut-gugur.html

    ReplyDelete

:: DAIERY 2016/2017 ROAD TO USTAZIATUL ALAM ::