ahlul jannati. Ameen.

Followers

Wednesday, 22 May 2013

Bring Your Heart.




Aku teringin menyaksikan gugusan bintang di langit sambil menghirup udara segar di ruangan balkoni, kemudian muncul meteor bersaiz piring Astro. Saat itu, kedua tapak tanganku digenggam erat dan kepala mendongak ke atas,

"Aku harap, aku dapat pi Venice."

Mata dipejam. Saat mencelikkan mata, tiba-tiba muncul tiket penerbangan ke Venice yang ditaja sepenuhnya oleh Kilang Perabot Ah Seng. Bertuahnya aku. Apa yang dihajati termakbul dengan turunnya meteor!

Heh. Kalau semua orang berpeluang begitu, alangkah bagusnya semua pengundi PRU13 dapat berhimpun sebelum hari pengundian dan menunggu jatuhnya meteor untuk menghajatkan sesuatu.

Karut benar analogi aku, macam makan nasi himpit cicah ais krim vanilla. 

Oh tak, aku bukan nak menceritakan tentang meteor sebagai tempat berhajat di mana nyata salah di sisi agama. Malah, pembukaan aku tiada kena mengena dengan kunci utama yg ingin disampaikan. Eh, ada lah sikit kaitannya. Sedikit. 


Setiap manusia mempunyai perkara yang dihajatkan, ataupun kata mudahnya 'Angan-Angan'. Aku punya angan-angan yang besar untuk drift kereta di litar sepang, kalau boleh aku teringin benar memandu Sky Line. Syaratnya, kekabu dan bantal lembut harus disusun di sepanjang litar, dan aku seorang sahaja yang berada di situ. 
Ini namanya angan-angan mati, kecuali kalau aku menikahi owner Litar Sepang (Hihi). Eh, meleret pula.

Berbalik kepada situasi normal, aku percaya bahawa setiap daripada lepasan spm mempunyai target dan impian. 

Aku nak fly ke UK.
Aku nak course microbiology dan dapat tajaan mara.
Aku nak masuk UM, universiti idaman aku sejak hisap botol susu lagi.
Aku nak masuk STPM sebab nanti Cikgu Anwar hadi mengajar kat situ.
Aku nak course itu.
Aku nak course ini.
Aku nak belajar sinun.
Aku nak belajar sinin.

Seronok bila memikirkan hajat dan cita-cita kerana semuanya berdiri di atas imaginasi sendiri. Daripada imaginasi itu, usaha akan dicernakan dan akhirnya membuahkan hasil. Namun, ada golongan yang berusaha tetapi hasilnya seperti menoreh getah pada pokok durian- Tiada hasil seperti yang dihajati.

Aku lah golongan itu, dan mungkin ramai lagi. 

Bila tawaran UPU dihebahkan; ada yang mendengus, ada yang gembira, dan tidak kurang juga ada yang menggigit jari akibat trauma. Amboi. Mungkin juga ada yang tidak mendapat tawaran belajar ke mana-mana. Seorang sahabat aku tidak mendapat tawaran matrik, tingkatan 6 dan UPU. Pesan aku, suruh beliau memohon untuk ke Tingkatan 6. Hidup belum berakhir untuk menangis kekecewaan di corong telefon. 
Where there's a willthere's still a way.

Tidak salah untuk kita bersedih, tetapi bila sudah meleret-leret hingga menyalahkan pihak lain dan membandingkan diri dengan orang lain, adalah lebih baik untuk kita elakkan. Belajar untuk redha dan bersyukur. Dua konsep yang perlu seiring dalam mematangkan diri.

Aku bukan bajet bagus, cuma aku kesal dengan golongan-golongan yang asyik menyalahkan. Manusia, apabila ia tidak dapat mengubah keadaan, dia mungkin cuba mengubah persepsinya dengan cara mengkondem. Hodoh benar. Aku pun selalu begitu, sampai botak kepala aku asyik memikirkan ujian yang diturunkan.

Mungkin ada yang berhajat ingin ke United Kingdom, tetapi dia mendapat tawaran sekadar di Ulu kelang.
Mungkin ada yang berhajat untuk ke UIAM, tetapi dia tercampak ke USIM.
Mungkin ada yang berhajat untuk ke Universiti, tetapi dia hanya bertapak di politeknik.
Mungkin ada yang menerima bermacam tawaran, sampai menangis guling-guling setiap malam kerana kesulitan untuk memilih.
Mungkin ada yang berhajat ingin berkahwin, tetapi destinasi untuk sambung belajar di matrik mematikan angan-angan.
Dan bermacam kemungkinan.

Situasi begini Allah turunkan sesuai dengan kemampuan hambaNya. Sekiranya tiada redha dan syukur yang terselit, maka terlantarlah dia di wad akibat sakit jiwa tahap galaksi ke tujuh. Mungkin jika bukan akibat kekecewaan tersebut, seseorang itu tidak akan jumpa perkara yang lebih baik yang Allah mahu berikan.

Bila Allah berikan apa yang kita mahu, kita akan gembira dan barangkali dos kegembiraan itu melebih kapasiti. Akibatnya, Allah menarik kembali rasa kegembiraan itu. Siapa tahu, kan?
Bila Allah tidak beri apa yang kita mahu, bukan bererti Dia tidak sayangkan kita, tetapi itu ertinya Dia mahu berikan yang terbaik untuk kita. Dia Maha Mengetahui. 

Aturan Dia... cukup cantik. Dan bagaimana journey kita selepas ini, hanya akan cantik sekiranya kita meletakkan Jannah sebagai destinasi akhir.


Dan sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya nescaya mereka akan berbuat melampaui batas di bumi, tetapi Dia menurunkan dengan ukuran yang Dia kehendaki. Sungguh, Dia Maha Teliti terhadap (keadaan) hamba-hamba-Nya, Maha Melihat.(Asy-Syura)

Aku tidak menyesal dengan apa yang Dia berikan kepada aku, malah aku yakin Dia amat kasihkan aku dan teman-teman yang lain. Hati kita milik Allah, maka bawalah bersama hati ini kemana-mana kita berada. Bila hati ini denyutnya demi agama, campaklah kita ke mana-mana sahaja, pasti urusan akan dipermudahkan.
In sha Allah. Pi mana-mana pun asalkan tak lupa Allah, semua urusan akan dipermudahkan -Anis Syamimi, 20 Mei 2013.

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan,

Selamat maju jaya buat sahabat-sahabat SK Convent Kota, SMK Convent Taiping, PT Yusrina, dan SBPI Kubang Pasu. Di mana pun kalian berada, STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/PoliteknikAsasi/IB/A-level/Ausmat/dll.
 Aku akan mendoakan kejayaan hangpa dunia akhirat! 

Buat yang bertanya ke mana aku menghilang, aku sebenarnya dalam tempoh introspeksi dan koreksi diri. Sometimes, things are better left unsaid ;-) 






6 comments:

  1. Nice entry...good writing & I bet u must be a good writer :)

    salam kenal ..

    ReplyDelete
  2. Salam.. nk mintak tlg LIKE page ni blh? =)

    AZ Collection ada menjual pelbagai jenis tudung AKEL bidang 50' dan 60'.. Nk tempah kraf felt pn blh.. Jom singgah sini..

    https://www.facebook.com/pages/AZ-Collection/199515420202002

    Terima Kasih.. =)

    ReplyDelete
  3. http://gamesyork.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. dear anon 5140,eh!

    ReplyDelete

:: DAIERY 2016/2017 ROAD TO USTAZIATUL ALAM ::