ahlul jannati. Ameen.

Followers

Tuesday, 12 March 2013

Melihat Kebahagian Orang.









Aku suka melihat kebahagiaan orang, kerana aku tidak merasa bahagia itu.

Lumrah, setiap individu ada lifestyle tersendiri. Aku ada hidup dan masalah yang aku rahsiakan, begitu juga kamu. Manusia ini sukar diduga. Kadang-kadang rumit juga untuk aku mengerti "bagaimana" dan "siapa" aku sebenarnya.


Tatkala bersendirian dengan resah di jiwa, aku persoalkan;
Mengapa aku dilahirkan dalam suasana dan sebagaimana aku sekarang?


Tanpa terduga, persoalan itu membuatkan aku tersepit antara:
Kebaikan bermuhasabah dan rasa tidak bersyukur.


Dua arus yang tidak sealiran. Sukar sebenarnya dalam membuat perhitungan dalam amukan jiwa, tambahan pula perkara yang membabitkan persoalan:

"Kenapa aku tidak seperti orang lain?"

Contohnya;

1. Sering mata ini melihat gelak tawa keluarga bahagia. Makan secara berjemaah dengan hidangan lazat di atas meja, kemudian si adik mencuit abang -

'Along...bacalah doa makan' , lantas diiringi senyuman Ayah dan Ibu. Bahagia rasanya.

2. Sering juga telinga ini disajikan dengan perbualan rakan, menceritakan tentang ragam famili.
"Kakak aku suka usik aku, tapi rasa sunyi pula kalau dia tak ada"
"Adik aku tu memang nakal tapi kalau bab menjahit dia memang selalu tolong aku"
"Abang aku tu memang, suku luku kepala aku...Tapi dia selalu bawa aku jejalan!"

Indahnya. Akrab hubungan mereka, bisik hati kecil aku.

3. Sering bibir ini melakar senyuman, melihat persahabatan yang indah. Melihat kejayaan orang lain. Merasa hebatnya kedudukan ilmu seseorang. Segalanya tentang 'orang lain'.


...Dan bermacam 'rasa istimewa' yang hambar buat aku.

Dalam hal begini, aku lebih suka untuk meletakkan diri aku dalam rasa bahagia itu walaupun aku tidak pasti bila "kebahagiaan aku" akan datang menjengah.

Aku yakin. "Rasa mahu" akan segala kebahagiaan adalah kebahagiaan yang sebenarnya untukku; Aku perlu belajar untuk menghargai dan menerima. Bila ada yang bertanya, aku akan ceritakan yang indah-indah. Biar orang lain turut merasa bahagia.

Kalaupun mereka yang bertanya itu menanggung rasa pedih, aku tetap akan menceritakan yang baik-baik dan memberi harapan buat mereka. Biar mereka rasa bahagia itu. Setidaknya, sama-sama menyebarkan rasa bahagia, mana tahu Allah membalas kebaikan itu dengan memberi kebahagian yang ABADI.

Orang yang paling bahagia adalah orang yang membahagiakan orang lain.
Semakin aku mahu merasa bahagia, semakin hebat Kau menguji aku.


Terima Kasih untuk ini, Ya Allah. Alhamdulillah.

*Aku di atas merujuk kepada kita semua. Sekadar mahu beri penekanan yang lebih dekat.











:: DAIERY 2016/2017 ROAD TO USTAZIATUL ALAM ::