ahlul jannati. Ameen.

Followers

Sunday, 24 February 2013

Shaker Aamer, Saudaramu di sebalik tirai besi.


Pertamanya, maaf seandainya entry ini membuatkan kamu mengimbau pembacaan buku sejarah, atau mungkin melihatkan tahap kebosanan yang mega bagaikan membaca wikipidea dan sebagainya. 

Aku tidak harapkan penghormatan manusia dalam mentaakul sesuatu. Hanya Allah yang tahu niat aku sepenuhnya. Aku percaya, andai kita buat apa sahaja demi mardhatillah yakni redha Allah SWT walaupun kentut, nescaya Allah sayangkan kita.

" Dia tidak pernah dituduh ataupun di adili, tapi masih ditahan dan disiksa sejak sepuluh tahun lalu di Guantanamo. "


Siapa Shaker Aamer?

Sumber // Google
Hidupnya, kebebasannya - Dirampas pada 14 Februari 2002 pada hari Khamis. Beliau seorang bapa kepada 4 cahaya mata. Lebih menyedihkan, beliau tidak pernah bersua, bergurau senda, dan mencium anak bongsunya yang kini sudah berusia 11 tahun. Beliau dipisahkan dari keluarganya dan merupakan warga Inggeris terakhir yang ditahan di Guantanamo.

Beliau ditahan selama sepuluh tahun (2002-2012) sehingga kini tanpa tuduhan mahupun pengadilan. Sepuluh tahun lalu Shaker Aamer ditawan di

Afghanistan. Sesudah itu beliau dijual sebagai hadiah untuk tentera AS. Beliau diseksa di markas Angkatan Udara Kandahar dan Bagram disaksikan oleh agen Inggeris. Kemudian, beliau dihantar ke Teluk Guantanamo untuk penyiksaan selanjutnya.

Beliau tidak pernah di tuduh atas tuduhan apapun, dan berita melaporkan bahawa beliau adalah satu dari 88 diantara 171 tahanan yang masih ditahan di Guantanamo, yang telah lama bersih dan seharusnya dibebaskan dari penjara.


Penderitaan .

Shaker Aamer menderita penyiksaan yang hebat di abad ke 21 ini. Beliau mengalami Arthritis (Google lah ye) pada lutut dan jari-jarinya akibat dari kejamnya penyiksaan,
serta memiliki masalah asma. Lebih buruk lagi, tentera AS menyuntik lada kepadanya. Selain itu, penderitaan fizik yang dialami Shaker Aamer seperti pedih ulu hati dan acid reflux diperburuk lagi oleh diet, sakit prostat dengan masalah serius pada urin dan masalah telinganya. Leher, bahu dan punggungnya mengalami sakit akibat pukulan, dan kukunya mengalami infeksi serius, berulat dan penyakit gatal diantara kakinya, buasir dan sakit ginjal yang ekstrim. Beliau juga mengadu masalah insomnia tahap kronik, masalah saraf di kaki kanannya, dan lain-lain.

Tidakkah hal ini membuktikan kekejaman penjara Guantanamo? Para tahanan termasuklah saudara kita, Shaker Aamer menerima seksaan yang dapat membunuh mereka perlahan-lahan.



Dan... Mengapa sebahagian mereka masih ditahan tanpa tuduhan atau bukti ? Realiti ini ternyata meleset dengan “gagasan Amerika” atas keadilan dan kejujuran. 



"Aamer has never been charged with any wrongdoing and has never received a trial and his lawyer says he is "totally innocent." He has been cleared for release by the Bush administration in 2007, and the Obama administration in 2009 
but Aamer remains in Guantanamo."



It’s not fair 


My Dad is there..... Where he cannot dare

To have a fresh air..... Of the world out there

You don’t see his tears..... You don’t really care

My eyes just stare..... To the freedom that we share

In a cage that is bare..... There is nothing to spare 

My eyes cannot bear..... To see what they wear

He deserves to be here..... With me in my prayer
I want him with me near..... So I can take care
Of a father that is rare..... To be found anywhere 

I love you Abi.

Daughter of Shaker Aamer
8 Years Old
19/11/05


Saat ini, tidak ada pemerintah yang akan membela keadilan bagi umat Islam dengan cara yang diharapkan seorang warga negara kepada pemerintah mereka untuk membela mereka. Bukan Shaker Aamer sahaja yg diseksa di Guantanamo, malahan lebih 100 muslim yang lain. Afghanistan, Pakistan, semuanya yang mengucap kalimah "La ilaha ilallah". Mereka mempunyai keluarga, anak-anak, serta isteri. Ketidakadilan ini mereka terpaksa tanggung... sedangkan KITA? Kita masih bersenang-lenang menjamah makanan, bergumbira, berharlem shake dan pelbagai mehnah!


Jika kamu tidak berjihad dan sebagainya, Allah akan menyeksa kamu dengan azab yang pedih dan akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan anda tidak boleh memudaratkan-Nya pada semua, dan Allah mampu untuk melakukan semua perkara." (Surah At-taubah: 39)




Have a heart and believe in Allah's rewards. 
Sign the petition here : FREE SHAKER AAMER (klik)


Sang prejudis A: Cuba fikir, adakah awak rasa bila kita signing this petition, ianya akan membebaskan saudara kita? Kerajaan dah letakkan dia di penjara selama 10 tahun tanpa sebab, adakah awak rasa HANYA dengan cara ini dia akan dibebaskan?


Sang Supporter B: Samaada perkara ini menjadi atau tidak, saya tetap akan menandatangani petisyen ini kerana ini tentang penderitaan saudara saya, dan saya tidak teragak-agak untuk melakukan apa sahaja untuk membebaskan dia. 

Please spread the message!

2 comments:

  1. first time bace pasal die..nice sharing dear :) thanks..

    jemput singgah :)
    http://noraqilahjohari.blogspot.com/

    mohon like sini juge ye :)
    http://www.facebook.com/pages/noraqilahjoharidotcom/267245240052274?ref=hl

    ReplyDelete
  2. Nice sharing... ^_^
    done follow u back..

    ReplyDelete

:: DAIERY 2016/2017 ROAD TO USTAZIATUL ALAM ::