ahlul jannati. Ameen.

Followers

Tuesday, 5 February 2013

Berhentilah Kecewa




Jejari aku pantas menaip, terlalu ralit di hadapan komputer. Horizon suasana sekeliling seakan-akan tenggelam dek keasyikan aku bersama mesin yang tidak bernyawa ini. 

"Kakngah, bawang kat mana?", soal adik bongsuku dengan kerutan di dahinya.

"Ada lah kat belakang tu, dekat raga bawah. Azim nak buat apa?"

"Adalaa... Nak masak nasi goreng"

"Eh, janganlah. Meh kakngah masak", aku bangun dari duduk.

"Tak payah lah. Azim nak masak sendiri", lantas dia berlalu pergi dengan penuh keazaman mahu menggoreng nasi. 

Aku tidak begitu khuatir apabila dia menyebut perihal "memasak", kerana kami lima beradik sudah terbiasa dengan api dan bab-bab di dapur. Cuma aku risau jikalau nasi gorengnya tidak menjadi dan dia mula berasa bebal. Tetapi apabila melihat kesungguhannya, aku biarkan sahaja. Dapat aku dengar bunyi kuali dan sudip yang bertemu.

Aku tergelak kecil,"... Kepunan rupanya budak ni.
Tidak sampai sepuluh minit, dapat aku lihat kelibatnya bersama pinggan di tangan, tersengih gembira. 

"Aik, cepatnya masak! Nak rasa sikit", aku cuba mencuit. 

Tiba-tiba, kakinya tersadung di antara tikar yang berlipat. Badannya menghala ke hadapan dan tangannya terkuak luas. Pinggan yang terisi nasi gorengnya terlepas, pecah. Aku terkesima. Habis berterabur nasi yang dapat aku lihat picis-picis telur dan ikan bilis. Aku berlari mendapatkan adik kecil aku. Dapat aku lihat riak wajahnya berubah, pipinya dirembes air mata. Kali ini, dia menangis tanpa suara. Aku fikir, dia kecewa benar kerana tidak dapat menjamah nasi gorengnya. Dia cuba mengesat air matanya tetapi masih tidak berhenti mengalir. Jari-jari halusnya mengutip serpihan kaca sehingga dia mengeluh kecil apabila serpihan kaca mengenai jarinya. 


"Dah... pergi ambil kain, basahkan dengan air", aku cuba memberi arahan. Sekurang-kurangnya dia tidak terbuai dengan perasaan kecewa. Sejurus mengutip semua serpihan kaca, aku lihat dia masih bersedih. 

"Janganlah nagis dah... Takpa, Kakngah masak lain ye?", aku berlalu ke dapur. Sedang aku memotong bawang, dia datang mendapatkan aku.

"Kakngah bubuh ikan bilis ni tau", sambil menghulurkan segenggam ikan bilis di tangan. Aku mula berasa sebak dengan kesungguhannya, hanya mampu tersenyum. Akhirnya, dapat juga dia menjamah nasi goreng. 

Aku dapati ada hikmah yang Allah cuba sampaikan. Adik aku telah berusaha untuk memasak nasi goreng tetapi akhirnya dia diuji dengan pinggan yang pecah dan nasi yang tidak sempat dijamah. Tetapi berkat kesungguhannya, akhirnya dia masih dapat menjamah nasi goreng yang mungkin lebih sedap daripada masakannya.

Wah, begitu? Bukan aku nak kata nasi goreng aku sedap, tetapi aku sangat yakin Allah sedang menyelitkan hikmah disebalik kekecewaannya.

Kita sudah berusaha, malah mungkin usaha kita sangat hebat jika dibandingkan dengan orang lain. Aku cuba letakkan dalam skop pembelajaran atau lebih mudah SPM yang sudah aku lalui. Aku sudah berusaha, begitu juga kamu. Bagaimana keputusan SPM nanti, kita semua tidak mengetahui sampailah saatnya tiba. Benar, kita semua mahukan yang terbaik. Aku mula membina tembok keyakinan, walaubagaimana keputusan SPM nanti, aku harus bersyukur. Aku sudah berusaha dan tidak mustahil kegagalan ataupun kejayaan itu datang menjengah. Allah yang menghadirkan rezeki. Mungkin kita lihat kegagalan itu di waktu sekarang, tetapi sebenarnya Allah mahu berikan kita kejayaan buat selamanya. 

Ujian Allah , bermacam keadaan. Dan ujian Allah itulah sebenarnya penentu kejayaan mahupun kegagalan yang sebenar.

Jangan takut dengan kekecewaan, kerana Allah sedang menguji kamu untuk tidak gagal dalam kekecewaan.




5 comments:

  1. Yupz,,
    Semua ada hikmahnya,,
    Saya bangga dgn adik awak,,:')

    ReplyDelete
  2. btul 2..dsblik musibah yg berlaku ada hikmahnye..

    ReplyDelete
  3. wah . ain adik awak umur berapa ? ^^

    ReplyDelete
  4. nice day :)
    Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
    pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
    Jadilah seperti yang kamu inginkan,
    karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
    yang ingin kamu lakukan

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete

:: DAIERY 2016/2017 ROAD TO USTAZIATUL ALAM ::