ahlul jannati. Ameen.

Followers

Sunday, 24 February 2013

Shaker Aamer, Saudaramu di sebalik tirai besi.


Pertamanya, maaf seandainya entry ini membuatkan kamu mengimbau pembacaan buku sejarah, atau mungkin melihatkan tahap kebosanan yang mega bagaikan membaca wikipidea dan sebagainya. 

Aku tidak harapkan penghormatan manusia dalam mentaakul sesuatu. Hanya Allah yang tahu niat aku sepenuhnya. Aku percaya, andai kita buat apa sahaja demi mardhatillah yakni redha Allah SWT walaupun kentut, nescaya Allah sayangkan kita.

" Dia tidak pernah dituduh ataupun di adili, tapi masih ditahan dan disiksa sejak sepuluh tahun lalu di Guantanamo. "


Siapa Shaker Aamer?

Sumber // Google
Hidupnya, kebebasannya - Dirampas pada 14 Februari 2002 pada hari Khamis. Beliau seorang bapa kepada 4 cahaya mata. Lebih menyedihkan, beliau tidak pernah bersua, bergurau senda, dan mencium anak bongsunya yang kini sudah berusia 11 tahun. Beliau dipisahkan dari keluarganya dan merupakan warga Inggeris terakhir yang ditahan di Guantanamo.

Beliau ditahan selama sepuluh tahun (2002-2012) sehingga kini tanpa tuduhan mahupun pengadilan. Sepuluh tahun lalu Shaker Aamer ditawan di

Tuesday, 5 February 2013

Berhentilah Kecewa




Jejari aku pantas menaip, terlalu ralit di hadapan komputer. Horizon suasana sekeliling seakan-akan tenggelam dek keasyikan aku bersama mesin yang tidak bernyawa ini. 

"Kakngah, bawang kat mana?", soal adik bongsuku dengan kerutan di dahinya.

"Ada lah kat belakang tu, dekat raga bawah. Azim nak buat apa?"

"Adalaa... Nak masak nasi goreng"

"Eh, janganlah. Meh kakngah masak", aku bangun dari duduk.

"Tak payah lah. Azim nak masak sendiri", lantas dia berlalu pergi dengan penuh keazaman mahu menggoreng nasi. 

Aku tidak begitu khuatir apabila dia menyebut perihal "memasak", kerana kami lima beradik sudah terbiasa dengan api dan bab-bab di dapur. Cuma aku risau jikalau nasi gorengnya tidak menjadi dan dia mula berasa bebal. Tetapi apabila melihat kesungguhannya, aku biarkan sahaja. Dapat aku dengar bunyi kuali dan sudip yang bertemu.

Aku tergelak kecil,"... Kepunan rupanya budak ni.
Tidak sampai sepuluh minit, dapat aku lihat kelibatnya bersama pinggan di tangan, tersengih gembira. 
:: DAIERY 2016/2017 ROAD TO USTAZIATUL ALAM ::