ahlul jannati. Ameen.

Followers

Thursday, 27 December 2012

Madrasah Ujian




source // islamicquotes.tumblr

Pagi itu, suasana rasanya hening. Pepohon hijau yang berdiri memang tidak jemu memuji Penciptanya. Sedang manusia, leka dengan hidup mereka. Aku bersendiri - Memikirkan ujian dari-Nya. Betapa malunya diri ini atas segala yang telah diberikan-Nya.

"Kamu nak tahu sesuatu?"

"Kenapa Fatimah?"

"Saya tidak reti membaca Quran."

"Maksud kamu?"

"Bacaan saya yang pertama adalah Yasin."

"Fatimah, Allah menciptakan manusia. Dia Maha Mengetahui keinginan kamu. In sha Allah, saya boleh bantu."

"Saya hanya tahu membaca surah Yasin, itupun kerana kita berjemaah membacanya di sekolah. Saya pun terus mengikut bacaan itu, sehinggalah setiap hari saya berkeinginan untuk membaca ayat Allah. Namun, saya tidak pandai. Jadi, setiap kali saya capai Al Quran, saya hanya membaca Yasin berulang-ulang kali walaupun saya gagap. "

"Dan sekarang bagaimana?"

"Alhamdulillah, saya mampu menghafal sebahagian surah itu."

"SubhanAllah Fatimah. Allah itu sgt sayang pada kamu."


"Tapi saya malu, kawan yg lain mampu membaca Al Quran sedangkan saya ..."

"Fatimah, seseorang yang tersekat-sekat di dalam membaca Al-Quran akan mendapat dua ganjaran kerana dia telah menanggung susah payah di dalam mempelajari dan membaca Al-Quran. Namun kamu mepunyai keinginan yang sangat hebat, sesungguhNya Allah akan membantu kamu Fatimah."


*Fatimah bukan nama sebenar.

Allah itu sangat kasihkan hamba-Nya. Berat ujian yang Allah berikan - sebenarnya penawar bagi dosa manusia. Saya punya ilmu. Begitu juga kamu. Kita semua punya ilmu. Tetapi ilmu yang bagaimana? Hakikatnya, Ujian yang Allah berikan itu sebenarnya adalah satu ilmu yang sangat istimewa, cuma kita tidak sedar. 
Seringkali kita mengalah dan persoalkan.

Mengapa keluarga orang lain bahagia sedangkan ibu bapaku asyik bertengkar?
Mengapa aku tidak mampu mendapat keputusan cemerlang sedangkan aku sudah berusaha?
Mengapa aku sering dicemuh sedangkan aku berbuat baik?
Mengapa aku ditakdirkan menjadi gemuk?
Mengapa aku seringkali dibandingkan?
Mengapa? Mengapa?

Wahai manusia, mengapa kamu persoalkan? Nikmat Allah yang mana kamu dustakan?
Semakin kamu diuji, semakin dekat kamu pada-Nya. Dia rindukan tangisan kamu merintih pada-Nya. Dia yang memberikan kamu kesakitan, maka hanya Dia sahaja yang mampu menjadi penawarnya. Dia doktor pakar yang sangat hebat untuk masalah kamu. Tidak perlu bayaran sehingga beribu-ribu, tidak perlukan kata-kata yang boleh difahami setiap orang, tidak perlukan kesakitan dicucuk jarum , tidak perlu.

Yang kamu perlu hanyalah , kembali kepada PEMILIK NYAWAMU.
Free and easy! Dia tidak pernah lari daripada kamu malah kamu yang lari daripada-Nya.
Carilah Dia kerana Dia sentiasa ada bersama-Mu.Dia Menghantar Malaikat untuk menemanimu setiap ketika.

Jika kamu rasa seperti mahu mati dengan ujian yang diberikanNya, 
berdoalah moga matimu bertemu denganNya dan syurgaNya :) 


3 comments:

:: DAIERY 2016/2017 ROAD TO USTAZIATUL ALAM ::